◉ HEADLINES

PM bakal umum hala tuju, inisiatif Kerajaan Madani tangani isu kritikal negara pagi ini

Pengumuman penting itu akan disampaikan dalam Amanat Tahun Baharu bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM)

9:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan beberapa pengumuman penting pada pagi ini antara lain membabitkan hala tuju dan inisiatif yang bakal digerakkan Kerajaan Madani sepanjang tahun ini.

“Insya-Allah di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi ini, saya akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 yang menggariskan hala tuju, inisiatif dan beberapa pengumuman penting untuk digerakkan sepanjang tahun ini,” kata Anwar dalam perkongsian ringkas di laman Facebook hari ini.

Pengumuman penting berkaitan isu kritikal negara itu akan disampaikan dalam Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, amanat berkenaan menyusul sejurus Anwar mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri jam 9 pagi bagi membincangkan isu mendesak yang sedang dihadapi rakyat.

“Esok (hari ini) adalah hari Isnin pertama bulan Januari dan Perdana Menteri memanggil Jemaah Menteri untuk mesyuarat khas bagi membincangkan beberapa isu terdesak.

“Selepas itu, beliau akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu jam 11.30 pagi bersama warga JPM yang dijangka menjadi platform penting untuk mengumumkan langkah baharu kerajaan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Melaka Ke-25 di Melaka, semalam.

Loke berkata, pengumuman yang bakal dibuat itu mencerminkan keseriusan Perdana Menteri serta pimpinan kerajaan dalam menangani pelbagai isu rakyat, khususnya membabitkan sektor ekonomi, pendidikan dan reformasi institusi.

“Saya yakin esok (hari ini) akan ada beberapa pengumuman penting oleh Perdana Menteri yang menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam menangani isu serta masalah yang dihadapi rakyat,” katanya. – 5 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related