HEADLINES

Tiada undang-undang tetapkan Lembaga Pengampunan perlu minta izin mangsa: Azalina

Datuk Seri Azalina Othman Said turut berkata, keanggotaan Lembaga Pengampunan itu sendiri adalah mekanisme terbaik memastikan ia berfungsi dengan adil dan bebas

7:58 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Tiada peruntukan undang-undang buat masa ini yang mengkehendaki Lembaga Pengampunan merujuk kepada mangsa atau ahli keluarga mangsa bagi memperoleh keizinan untuk memberikan pengampunan sebelum keputusan ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa untuk menitahkan supaya rujukan kepada mangsa atau keluarga mereka dibuat terlebih dahulu.

“Keanggotaan Lembaga Pengampunan itu sendiri adalah mekanisme terbaik memastikan ia berfungsi dengan adil dan bebas kerana kedudukan Seri Paduka Baginda Tuanku yang mempengerusikan Lembaga Pengampunan adalah Ketua Negara yang bebas dan berkecuali dari sebarang pengaruh.

“Anggota Lembaga Pengampunan terdiri dari pelbagai latar belakang dilantik oleh YDPA juga dapat memastikan perjalanannya tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan campur tangan dari mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan daripada Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ingin mengetahui kesediaan kerajaan supaya Lembaga Pengampunan merujuk terlebih dahulu kepada mangsa dan keluarga mereka bagi mendapatkan keizinan pengampunan sebelum keputusan ditetapkan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, dalam konteks Persekutuan, Perkara 42 Klausa 11 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Lembaga Pengampunan adalah terdiri dari seorang menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan, Peguam Negara atau wakilnya serta tidak lebih dari tiga orang lain yang dilantik oleh Seri Paduka, yang bukan seorang anggota badan perundangan (Legislatif).

“Di peringkat Persekutuan kuasa YDPA adalah bagi semua kes dan kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,’’ katanya. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related