HEADLINES

PM tempelak kenyataan politik kelirukan rakyat berkait isu minyak

Perdana Menteri berkata pandangan perlulah berasaskan fakta, bukan separuh kebenaran

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur keras tindakan segelintir pemimpin politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung kenaikan harga minyak susulan konflik di Asia Barat.

“Ada beberapa komentar orang politik ini dia cepat, tapi apa yang dia sebut separuh kebenaran yang akhirnya dianggap sebagai kebenaran mutlak. Maksudnya, fahaman itu sedikit, kemudian dia nak mutlakkan pandangan itu sebagai sesuatu yang pasti,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar menegaskan, setiap pihak berhak memberi pandangan, namun ia mesti berasaskan fakta yang sahih. “Kita ada hak menegur, memberi pandangan balas. Tapi kita tidak berhak menghukum berdasarkan fakta yang salah atas dasar kepalsuan umpamanya,” katanya.

Beliau turut menempelak kecenderungan sesetengah pihak memutarbelitkan fakta dengan bersandarkan hujah agama. “Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara tapi diselubungi oleh fahaman agama dan al-Quran menyebabkan orang agak percaya tapi dia tidak membantu malah mengelirukan,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan mendakwa rakyat sekali lagi “ditipu” kerajaan berhubung kenaikan harga minyak di Semenanjung, sambil mempersoalkan mengapa langkah sama tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan Minda Presiden PAS semalam, Abdul Hadi menegaskan tiada alasan kukuh untuk menaikkan harga minyak kerana Malaysia bukan negara yang terlibat dengan sekatan Iran di Selat Hormuz. – 9 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related