◉ HEADLINES

Pemuda alami koyakan di bahagian dagu: Prolintas tingkat pengawasan di SUKE

Terdahulu, pemuda yang cedera selepas motosikalnya terlanggar tali lintang di laluan di lebuh raya itu diminta membuat laporan polis

8:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) telah meningkatkan pengawasan di sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) susulan insiden seorang lelaki mengalami kecederaan ketika menunggang motosikal di lebuh raya berkenaan, petang semalam.

Lelaki tersebut mengalami koyakan di bahagian dagu akibat terlanggar tali lintang di laluan motosikal sekitar 6.30 petang.

Menurut Prolintas, sebarang aktiviti berbahaya termasuk permainan layang-layang berdekatan lebuh raya akan diawasi dan dilaporkan kepada pihak polis dengan segera.

Selain itu katanya, SUKE bersama-sama dengan persatuan penduduk setempat akan menambah baik langkah-langkah keselamatan bagi membendung insiden sama berulang.

“Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan pengguna dan masyarakat sekeliling adalah keutamaan kami. Pihak Lebuhraya SUKE akan terus memberi perhatian terhadap situasi berkenaan dan menyediakan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Prolintas memberitahu, pihaknya komited untuk memberi kerjasama penuh dalam siasatan pihak polis berkenaan insiden berkenaan.

“Kami mash belum menerima sebarang laporan daripada mangsa dan menyarankan agar mangsa untuk tampil memfailkan aduan kepada pihak berkuasa.

“Kami juga menggesa mana-mana saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkenaan insiden berkenaan untuk menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya atau Prolintas secara terus,” katanya.

Terdahulu Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pemuda yang mengalami koyakan di bahagian dagu selepas motosikalnya terlanggar tali lintang di laluan di lebuh raya itu diminta membuat laporan polis.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu.

Namun pada masa sama, Azam berkata, pihaknya akan membuat siasatan awal dan berjumpa dengan pengendali lebuh raya SUKE untuk tindakan lanjut. – 14 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related