◉ HEADLINES

Pemuda koyak di dagu gara-gara langgar benang melintang di SUKE, diminta lapor polis

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu

3:01 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Pemuda yang mengalami koyakan di bahagian dagu selepas motosikalnya terlanggar tali lintang di laluan di Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), petang semalam, diminta membuat laporan polis.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu.

Namun pada masa sama, Azam berkata pihaknya akan membuat siasatan awal dan berjumpa dengan pengendali lebuh raya SUKE untuk tindakan lanjut.

“Sehingga kini, polis belum terima laporan dan kita minta kerjasama mangsa untuk tampil ke mana-mana balai polis terdekat.

“Sekiranya ada terdapat saksi lain bagi insiden ini, adalah diminta juga untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bagi membantu siasatan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemuda berkenaan, Muas Rosdi berkongsi di aplikasi X mengenai kecederaan di bahagian dagu yang dialaminya selepas motosikal ditunggangnya terlanggar benang di laluan motosikal di Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), petang semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika dia melalui susur keluar Taman Kosas, Ampang menghala ke Plaza Tol Bukit Teratai di lebuh raya terbabit, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Dalam pada itu, syarikat konsesi yang mengendalikan lebuh raya itu, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd (Prolintas) memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Kami sudah terima butiran tuan. Pihak SUKE akan menghubungi tuan dalam masa terdekat. Terima kasih,’’ katanya menerusi X.

Perkara sama turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet yang kecewa kerana perkara berkenaan sudah diutarakan kepada pihak berkuasa namun masih berulang.

“Saya terkejut dan bersimpati ke atas perkara ini. Ia tidak seharusnya berlaku. Saya rasa kecewa sebab kami dah cuba tangani masalah ini sebelum ni. Saya mengharapkan kejadian ini tidak lagi berulang dan pihak berkenaan boleh melakukan siasatan dan mengambil langkah sewajarnya,” katanya – 14 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

◉ Related