HEADLINES

10,000 peniaga bawah DBKL dapat manfaat pengurangan sewa 50 peratus selama dua tahun

Pengurangan sewa yang diumumkan Mac lalu adalah sebahagian daripada usaha membantu meringankan beban peniaga yang berdepan peningkatan kos sara hidup dan harga bahan api

12:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –Kira-kira 10,000 peniaga di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat manfaat daripada pengurangan sewa sebanyak 50 peratus selama dua tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Menurutnya, pengurangan itu, yang diumumkan pada Mac lalu adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu meringankan beban peniaga yang berdepan peningkatan kos sara hidup dan harga bahan api.

Beliau berkata ia termasuk penjual di pasar basah dan pengusaha medan selera.

“Kami ada senarai panjang untuk (penerima di bawah) DBKL, iaitu 10,000 di semua tapak, termasuk medan selera dan pasar,” katanya selepas merasmikan Program Putrajaya Aktif di Putrajaya, hari ini.

Pengurangan kadar sewaan tapak penjaja dan premis tertentu di bawah seliaan DBKL itu berkuat kuasa dari 1 April hingga 31 Disember 2027.

Dalam pada itu, Hannah berkata Perbadanan Putrajaya kini masih meneliti pendekatan terbaik sebelum melaksanakan langkah sama termasuk menilai bentuk bantuan tambahan selain diskaun sewa.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini kerajaan memberi keutamaan kepada pengurangan kadar sewa berbanding bentuk subsidi lain, mengambil kira kekangan kewangan serta keperluan menjana hasil alternatif.

Ditanya sama ada subsidi tambahan atau bantuan lain sedang dipertimbangkan untuk peniaga, Yeoh berkata tumpuan ketika ini masih kepada pelepasan sewa.

Beliau berkata pengurangan pendapatan sewaan memberi kesan kepada pihak berkuasa sendiri ketika krisis tenaga yang sedang berlaku.

“Apabila kita mengurangkan sewa, ini bermakna kita perlu mencari sumber pendapatan daripada sumber lain. Dan kita juga berdepan kenaikan harga bahan api untuk perkhidmatan kita sendiri,” katanya.

Krisis tenaga global berlaku berikutan ketegangan yang memuncak di Asia Barat selepas serangan berskala besar oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran sejak 28 Februari lalu.

Terdahulu, Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance memaklumkan rundingan Amerika Syarikat (AS) dengan Iran yang diadakan di Islamabad, Pakistan, gagal mencapai persetujuan.

Memetik laporan Reuters, Vance, berkata pada Ahad bahawa pasukan perundingannya meninggalkan Pakistan selepas 21 jam rundingan diadakan.

Menurut Vance, terdapat kekurangan dalam perbincangan itu dan Iran telah memilih untuk tidak menerima syarat Amerika, termasuk untuk tidak membangunkan senjata nuklear. – 12 April, 2026

Topics

 

Hangat

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related