HEADLINES

Penjawat awam muat naik aktiviti santai di media sosial ketika BDR boleh kena tindakan: KSU

Jangan ambil perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri, kata Awang Alik Jeman

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KSN) diingatkan supaya tidak memuatnaik kandungan media sosial yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam ketika sedang Bekerja Dari Rumah (BDR).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman ketika mengingatkan perkara berkenaan berkata, jika ia berlaku tindakan tetap akan diambil tanpa pengecualian.

“Semasa BDR, jangan muat naik gambar atau posting di media sosial yang boleh disifatkan sebagai kita tidak menjalankan tugas. Contohnya, memuat naik gambar sedang bermain badminton, berjalan di kompleks beli-belah dan sebagainya.

“Saya beritahu awal, perkara seperti ini perlu dielakkan. Jika berlaku, tindakan tetap akan diambil tanpa pengecualian. Jangan ambil perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Bulanan KDN di kementerian itu, hari ini. 

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penjawat awam yang menetap dengan jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan semua ibu negeri dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) selama tiga hari seminggu mulai 15 April ini. 

Mereka juga dikehendaki menggunakan SPOT-Me yang membolehkan perekodan kehadiran pegawai melalui fungsi geolokasi pada peranti mudah alih dari rumah.

Dalam pada itu, Awang Alik berkata peringatan yang diberikan itu bertujuan untuk melindungi kerjaya kakitangan serta mengekalkan disiplin dalam kementerian.

Beliau menegaskan bahawa BDR adalah satu keistimewaan bagi memastikan produktiviti berterusan dan ia tidak seharusnya disalahgunakan untuk aktiviti peribadi yang boleh menjejaskan reputasi kementerian.

“Jika perkara ini berlaku, saya nyatakan dengan terus terang tindakan akan diambil. Saya menasihatkan anda lebih awal, jangan lakukan perkara yang boleh menjejaskan kedudukan anda sendiri,’’ katanya. – 13 April, 2026

.

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related