HEADLINES

KKM jamin stok insulin, vaksin mencukupi: Rakyat tak perlu panik

Pasukan petugas khas pantau rantaian bekalan 24 jam; rawatan alternatif tersedia jika berlaku gangguan stok

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan bahawa bekalan ubat-ubatan kritikal, termasuk insulin dan vaksin, berada pada tahap stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), Dr. Azuana Ramli, menegaskan bahawa kerajaan telah mengaktifkan pasukan petugas khas bagi memantau rantaian bekalan secara berterusan di seluruh negara.

Menurut Dr. Azuana, penubuhan jawatankuasa yang menggabungkan kepakaran kementerian dan pemain industri membolehkan gangguan bekalan dikesan lebih awal sebelum ia menjadi krisis.

“Sekarang kita sudah ada jawatankuasa yang ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai kementerian dan juga pihak industri. Kita membincangkan isu ini dan memantau paras stok secara bersama,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

Beliau menambah bahawa melalui mekanisme ini, KKM dapat mengenal pasti produk yang mencecah tahap kritikal dalam rantaian bekalan.

“Kita dapat lihat stok mana kritikal contohnya mungkin dalam rantaian itu bekalan kita tinggal 60 hari ke 90 hari. Jadi bila kita tahu stok yang mana ada isu, kita boleh ambil tindakan,” jelas beliau.

Menyentuh isu kekurangan insulin yang tular sebelum ini, Dr. Azuana memberi jaminan bahawa rawatan pesakit diabetes tidak akan terganggu kerana pasaran mempunyai pelbagai alternatif.

“Walaupun berlaku kekurangan insulin, rawatan pesakit diabetes tetap diteruskan kerana pesakit boleh beralih kepada insulin analog atau ubat tablet. Jadi sebab itu bekalan ubat-ubatan stabil dan terkawal. Mungkin ada gangguan rantaian namun kita akan ambil langkah mitigasi bagi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam apa cara sekalipun,” tegasnya.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengesahkan stok peranti perubatan negara masih terkawal meskipun dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif MDA, Dr. P. Muralitharan, mengakui terdapat gangguan kecil melibatkan barangan pakai buang seperti sarung tangan, pelitup muka, kit ujian makmal, dan peralatan hemodialisis, namun ia tidak berada pada tahap signifikan.

Bagi mendepani cabaran ini, MDA memperkenalkan Special Access Pathway (SAP) sebagai solusi pantas.

“SAP membolehkan pembekal memperoleh akses segera kepada peranti perubatan sekali gus memperkukuh rantaian bekalan industri peranti perubatan tempatan. Pada masa yang sama, langkah ini juga bertujuan mengurangkan kebergantungan negara terhadap peranti perubatan yang diimport dari luar negara,” kata Dr. Muralitharan.

SAP berfungsi sebagai pendekatan interim yang membolehkan peranti yang belum didaftarkan sepenuhnya digunakan segera, namun tetap tertakluk kepada penilaian kualiti dan keselamatan yang amat ketat. – 17 April, 2026

Topics

 

Hangat

Umno assembly endorses ‘grand collaboration’ of Malay-Muslim parties, Zahid assures no threat to unity govt

Party information chief Datuk Seri Azalina Othman Said also affirms Umno’s support for Anwar’s administration

Petronas targets steady 2 million BOE per day as it accelerates energy transition

Petronas aims to maintain domestic oil and gas production while expanding into lower-carbon and renewable energy ventures, according to its Activity Outlook 2026–2028

KPDN to enforce Hari Raya price controls from March 14 to 28

Festive Season Maximum Price Scheme covers 27 essential items, while new subsidies and discounts aim to ease the cost of living

Related