HEADLINES

Exco Selangor desak PDRM, MCMC bertindak tegas berkait kes hina Sultan

Institusi Raja-Raja Melayu disifatkan sebagai payung kestabilan negara, penghinaan dianggap biadab dan melampau

9:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor tampil mengecam keras hantaran di media sosial yang menghina Sultan Selangor, sambil mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak segera.

Mereka menyifatkan perbuatan tersebut sebagai melampau, biadab dan mencabar prinsip Perlembagaan serta Rukun Negara, sekali gus mengancam keharmonian masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kebudayaan negeri, Datuk Borhan Aman Shah, menegaskan penghinaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu adalah serangan serius terhadap simbol kestabilan negara.

“Mana-mana pihak yang terbabit tidak boleh dilindungi, tidak kira latar belakang atau alasan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr Mohammad Fahmi Ngah, memberi amaran bahawa tindakan memuat naik suntingan gambar menghina Sultan boleh mencetuskan ketegangan rakyat.

“Saya gesa PDRM jalankan siasatan dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit manakala MCMC perlu memantau, menyekat dan menurunkan kandungan berunsur penghinaan ini,” katanya.

Turut mengecam ialah Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi; Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Rizam Ismail serta Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu.

Isu penghinaan terhadap Sultan Selangor menerusi media sosial bukan sahaja dianggap mencabar kedudukan Raja sebagai payung negara, malah berpotensi menimbulkan sentimen negatif yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

Dalam konteks Malaysia, kedudukan Raja-Raja Melayu dilindungi Perlembagaan dan menjadi teras kepada sistem demokrasi berparlimen. – 27 April, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related