HEADLINES

Najib Razak tarik balik rayuan tahanan rumah

Mahkamah Rayuan sahkan notis penghentian teratur, rayuan bekas Perdana Menteri dibatalkan

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah supaya baki hukuman penjaranya dijalani melalui tahanan rumah.

Najib yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang atas kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, membuat keputusan itu melalui notis firma guaman Tetuan Shafee & Co bertarikh 2 April lalu.

Firma guaman berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa Najib selaku perayu berhasrat menarik balik rayuan terhadap responden tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa sebarang perintah kos.

Tiada alasan dinyatakan berhubung tindakan pemberhentian tersebut. Pada 14 April lalu, Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan merekodkan bahawa notis penghentian difailkan peguam adalah teratur, sekali gus membatalkan rayuan Najib.

Pada 22 Disember tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching menolak permohonan semakan kehakiman Najib untuk memaksa kerajaan dan enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum yang didakwa membolehkan beliau menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Yee Ching menegaskan isu tahanan rumah tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2023.

Dalam permohonan itu, Najib memohon perintah mandamus supaya kerajaan melaksanakan titah tersebut dengan segera, memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya. Beliau turut menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Antara relif yang dipohon ialah salinan titah utama Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.

Najib mula menjalani hukuman pada 23 Ogos 2022 dan memfailkan petisyen pengampunan diraja pada 2 September 2022. Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 27 April, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related