HEADLINES

Amir Hamdan tinggalkan Prasarana

Prasarana Malaysia Bhd mengesahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Amir Hamdan, akan menamatkan perkhidmatannya atas sebab peribadi selepas hampir lapan tahun menerajui syarikat

12:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengumumkan pengunduran Amir Hamdan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) selepas hampir lapan tahun bersama organisasi itu.

Menurut kenyataan rasmi, keputusan Amir dibuat atas faktor peribadi dan selaras dengan perancangan kerjaya beliau.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Amir memainkan peranan penting dalam memacu transformasi serta memperkukuh struktur operasi syarikat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara.

Prasarana merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan sumbangan beliau, sambil mendoakan yang terbaik untuk masa depan.

Maklumat lanjut mengenai kesinambungan kepimpinan dan pengganti beliau akan dimaklumkan pihak pengurusan dari semasa ke semasa. – 30 April, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related