HEADLINES

Perlindungan Perkeso dipeluaskan kepada warga Malaysia bekerja di luar negara: Anwar

Inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada 480,000 pekerja

10:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperluaskan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada warganegara Malaysia yang berkerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia-Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi tujuan itu Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 akan dipinda bagi membolehkan perlindungan diperluaskan.

Program berkenaan, katanya, akan memberikan manfaat kepada 480,000 pekerja.

“Anak-anak yang bekerja di luar negara, bangun 4 pagi kerja di Singapura, bagaimana nak perluas perlindungan Perkeso… mereka tiada kemudahan itu.

“Secara purata satu nyawa rakyat hilang setiap minggu dalam kalangan pekerja rentas sempadan atau 54 kematian setahun,’’ katanya ketika berucap pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Sementara itu, Anwar menyeru majikan supaya lebih prihatin serta berihsan dalam memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

“Negara ini harus aman, negara ini harus membangun dan maju… tetapi harus juga jamin nasib pekerja itu terbela. Ini utama.

“Kita senaraikan berapa syarikat-syarikat yang besar di negara kita, untung satu bilion, untung  dua  bilion, mau naikkan gaji pekerja 40 ringgit pun sukar, bagaimana harus kita bangunkan (pekerja),’’ katanya.

Justeru, beliau menggesa semua kepimpinan syarikat untuk bermuhasabah dan menilai semula layanan yang diberikan terhadap pekerja masing-masing.

“Saya tidak mengusulkan diberikan ganjaran sehingga menyebabkan syarikat itu rugi, saya tidak pernah mengusulkan, saya tidak mengusulkan supaya kita hilang daya saing…  saya hanya mengusulkan supaya pimpinan negara, pimpinan syarikat itu lebih prihatin dan menunjukkan sikap ihsan,” kata beliau.

Dalam ucapannya itu juga, Anwar turut menyentuh mengenai krisis ekonomi global di mana keadaan akan menjadi lebih mencabar pada bulan ini berbanding tiga bulan lepas.

“Pada akhir Februari, harga minyak mentah berada pada US$70 setong…hari ini (harga telah melonjak) kepada US$115 dolar setong. Lonjakan ini terlalu tinggi, maknanya kesan (ketidaktentuan) ekonomi itu (turut dirasai) di seluruh dunia.

“Ada (kekurangan) bahan-bahan bagi yang bekerja di ladang, seperti kekurangan fosfat dalam masa singkat, selain harga diesel naik. Mereka yang bekerja di kilang, yang bawa lori…semuanya terkesan,” kata beliau.

Meskipun begitu, ujar beliau, Malaysia masih mengekalkan harga subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter meskipun kebanyakan negara pengeluar minyak lain telah menaikkan harga.

“Sebab itu saya minta golongan pekerja faham sebab apa saya berkeras kekalkan harga minyak pada harga RM1.99 seliter. 

“Tekanan daripada pakar-pakar ekonomi, golongan korporat semua mencadangkan (kepada saya) agar menjadi realistik. (Oleh itu) saya realistik, jaga ekonomi negara, jaga rakyat, tetapi saya juga turut renungkan bagaimana nasib golongan pekerja terutama di peringkat bawahan,” kata beliau. – 1 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related