HEADLINES

Pakatan Harapan, Umno setuju kekal kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan

Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyentuh persiapan menghadapi pilihan raya negeri Melaka dan Johor, serta PRU16

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan Umno mencapai persetujuan untuk mengekalkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan, berikutan pergeseran politik-adat di negeri itu ketika ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan antara kedua-dua gabungan yang dipengerusikan secara bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

“Majlis Perundingan Pimpinan Umno-Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Majlis Perundingan Pimpinan Umno-Pakatan Harapan juga bersetuju untuk memastikan apa jua keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mencetuskan sebarang bentuk sensitiviti dan membuka ruang perselisihan mesti segera dirujuk kepada Majlis Perundingan Pimpinan Umno-Pakatan Harapan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Semalam, pemimpin tertinggi PH dan BN mengadakan mesyuarat selama hampir sejam di Kompleks Sri Perdana di Putrajaya.

Ia diadakan usai mesyuarat Biro Politik PKR dipengerusikan oleh Anwar yang antara lain memberi tumpuan kepada isu politik semasa termasuk situasi di Negeri Sembilan.

Sumber dipetik Bernama berkata perbincangan turut menyentuh persiapan menghadapi pilihan raya negeri Melaka dan Johor, serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Hadir sama Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Azalina Othman Said dan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi. – 6 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related