HEADLINES

Umno tiada cadangan lantik MB baharu Negeri Sembilan: Zahid

Umno tetap komited mempertahankan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Umno tiada cadangan untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Umno tetap komited mempertahankan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tidak ada cadangan,’’ katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tindakan Dasat Sosial Negara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan di Paroi berkata, selagi isu institusi diraja dan perlembagaan di Negeri Sembilan tidak selesai, keputusan besar termasuk pelantikan Menteri Besar yang baharu tidak boleh dibuat.

Justeru Loke berkata, selagi isu berkenaan belum selesai, tidak timbul mana-mana pihak boleh mengambil alih tugas Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.

“Dalam Negeri Sembilan, suka tak suka sekarang ini, masih ada konflik, masih ada masalah. Masalah dalam institusi diraja. Ada lagi isu di kalangan Yang Dipertuan Besar dengan Datuk-Datuk undang.

“Itu kita tak boleh campur. Kita hormat institusi itu.Tetapi selagi isu dan masalah itu tak selesai, apa implikasi dia? Implikasi dia, tak boleh ada apa-apa keputusan besar.

“Apa keputusan besar? Yang pertamanya, tak boleh lantik Menteri Besar Baru sebab tak boleh ada majlis angkat sumpah, yang kedua, tak boleh lantikan mana-mana Ahli Majlis persyarat kerajaan negeri yang baru,’’ kata Loke.

Dalam pada itu, Zahid berkata punca Umno menarik sokongan terhadap Aminuddin adalah kerana dakwaan campur tangan beliau dalam urusan Undang-undang Adat Negeri Sembilan.

“Kita bukan menolak tetapi tidak menyokong selagi beliau campur tangan di dalam Undang-undang Adat Negeri Sembilan dan kita mahu supaya soal pemerintah di Negeri Sembilan antara Yang di-Pertuan Besar dan empat Undang itu harus dihormati dan biarlah mereka yang menyelesaikan masalah itu,” katanya, lapor Malaysia Gazette. – 7 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related