◉ HEADLINES

Lepasan SPM disaran manfaatkan Jelajah Pendidikan TVET Selangor

Program dua hari yang berlangsung pada 23 dan 24 Mac itu memberi maklumat serta panduan untuk lepasan SPM merancang kerjaya selepas tamat persekolahan

10:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memanfaatkan program Jelajah Pendidikan TVET dan Kerjaya Badan Beruniform Selangor bagi mendapatkan maklumat dan panduan dalam merancang kerjaya selepas tamat persekolahan.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Gunaraj George berkata, program yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 23 dan 24 Mac ini, merangkumi pelbagai sektor termasuk pertanian, penternakan serta lain-lain bidang berasaskan teknikal.

“Pelajar (lepasan SPM) tertanya-tanya apa yang mereka boleh buat selepas habis belajar serta hala tuju kerjaya. Program ini bertujuan membantu pelajar memohon kursus mengikut keinginan dan cita-cita masing- masing.

“Semua ada di bawah satu bumbung. Selain pasukan beruniform, ada juga sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertanian, penternakan serta lain-lain yang berasaskan bidang teknikal,” katanya semasa menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.

Menurut ADUN Sentosa, Gunaraj George, terdapat 35 reruai akan dibuka termasuk pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi. - Gambar JaPen Selangor, 22 Mac, 2024
Menurut ADUN Sentosa, Gunaraj George, terdapat 35 reruai akan dibuka termasuk pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, selain agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi. – Gambar JaPen Selangor, 22 Mac, 2024

Sementara itu, Pertubuhan Malaysia Madani (MyMadani) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk melaksanakan projek Bazaria Madani sebagai pelan jangka pendek pemerkasaan perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa itu berkata, terdapat 35 reruai akan dibuka termasuk pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi.

Pengerusi MyMadani, Mohd Bakhtiar Yusof berkata, sebagai langkah permulaan, projek berkenaan dimulakan di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

“Dengan kemampuan dan sokongan rakan strategik, dah sampai masanya untuk kita buat satu karnival atau expo (bazaria) dengan fokus adalah di kawasan luar bandar (kampung atau daerah), bermula pada skala kecil,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related