HEADLINES

Umno dialu-alukan terima ahli Bersatu yang dikenakan tindakan ‘jangan biar mereka merayau tanpa ‘rumah’

Tun Faisal berkata Bersatu tidak bergolak malah lebih stabil, kukuh dan teratur selepas pemecatan individu-individu yang melanggar perlembagaan dan disiplin parti, elemen-elemen toksik, pengkhianat dan 'trojan horse' dalam parti

9:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Bersatu yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin amat dialu-alukan untuk menyertai Umno, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Malah katanya, ia lebih baik daripada daripada membiarkan mereka merayau-rayau tanpa ‘rumah’ atau membuat parti baru yang akan memecah belahkan lagi Melayu-Islam.

“Beri mereka jawatan tinggi. Mungkin mereka akan berubah atau mungkin juga mereka memerlukan parti yang membenarkan mereka melanggar perlembagaan dan disiplin parti, serta memaki hamun Presiden dan pemimpin-pemimpin parti setiap hari,’’ katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau mengulas mengenai kesediaan Umno untuk menerima mana-mana individu termasuk pimpinan dan ahli Bersatu yang dipecat dan digantung daripada parti itu tanpa tanpa sebarang syarat.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pendirian berkenaan mencerminkan keterbukaan parti dalam menyatukan kembali kelompok yang pernah bersama perjuangan Umno sebelum ini.

Asyraf berkata demikian ketika beberapa pemimpin Bersatu berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat dari parti dan digantung.

Pada Jumaat, Bersatu dalam satu kenyataan memaklumkan mengenai pemecatan dua Ahli Dewan Undangan (Adun) parti itu iaitu Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) dan Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).

Turut digantung ialah lima Ahli Parlimen iaitu Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh); Abdul Khalib Abdullah (Rompin); Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu); Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Lembaga Disiplin Bersatu telah diberikan kuasa oleh Perlembagaan parti itu untuk melaksanakan tugas secara bebas dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk Presiden dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Keputusan Lembaga Disiplin adalah muktamad dan tidak boleh diubah suai oleh mana-mana anggota MPT, Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Biro Politik atau Mesyuarat MPT dan keputusan berkenaan hanya boleh dirayu melalui Lembaga Rayuan,’’ katanya.

Ujarnya, Lembaga Disiplin Bersatu melaksanakan tugas mereka secara profesional, adil dan bebas apabila menjatuhkan hukuman terhadap ahli-ahli melanggar perlembagaan, kod etika dan Tatakelakuan Ahli.

“Aduan-aduan terhadap mereka biasanya disertakan dengan bukti bergambar atau bervideo atau keterangan saksi dan mereka diberi peluang untuk membela diri, mengemukakan bukti atau saksi dan berhujah kenapa mereka tidak wajar dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin,’’ katanya.

Beliau juga memberitahu, Bersatu tidak bergolak malah lebih stabil, kukuh dan teratur selepas pemecatan individu-individu yang melanggar perlembagaan dan disiplin parti, elemen-elemen toksik, pengkhianat dan ‘trojan horse’ dalam parti, Bersatu lebih stabil, kukuh dan teratur,’’ katanya. – 10 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

AFC: Australia, South Korea, Kuwait in the running for 2035 Asian Cup

The governing body will review bids for both the 2031 and 2035 Asian Cups, with decisions expected at its annual congress later this year

MACC seizes RM6.9 million in gold, cash, and luxury SUV in Army procurement probe

The Malaysian Anti-Corruption Commission confiscates high-performance vehicle, gold bars, and foreign currency amid investigation into senior officials' involvement in Army procurement corruption

Anwar urges peace and unity as Malaysia hosts ASEAN talks on Cambodia–Thailand tensions

Special meeting in Kuala Lumpur tomorrow reflects ASEAN’s commitment to unity and regional stability

Related