HEADLINES

Pengecualian cecair vape daripada senarai racun ‘tidak rasional’ : Mahkamah Tinggi

Ketiga-tiga NGO memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 30 Jun 2023 untuk membatalkan sebahagian daripada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 yang dibuat oleh responden pertama pada 31 Mac 2023, yang mengecualikan cecair dan gel vape daripada Senarai Racun sebagai tidak rasional

6:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi memutuskan keputusan kerajaan mengecualikan cecair dan gel rokok elektronik atau vape daripada Senarai Racun adalah tidak rasional dan dibuat tanpa rundingan yang mencukupi dengan Lembaga Racun.

Hakim Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan tiga badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Kementerian Kesihatan dan kerajaan berhubung tindakan mengeluarkan nikotin cecair dan gel yang digunakan dalam rokok elektronik daripada senarai racun.

Ketiga-tiga NGO berkenaan ialah Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Malaysian Green Lung (MGLA) dan Voice of the Children (VOC).

Mahkamah juga mendapati kemasukan pengecualian itu adalah ultra vires ( bertentangan) Seksyen 6 Akta Racun 1952.

Pada 14 Oktober 2023, MCTC, MGLA dan VOC sebagai pemohon mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan sebagai responden.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa pengecualian itu diperkenal tanpa rundingan sewajarnya dan mencukupi dengan Lembaga Racun sekali gus menjadikan keputusan tersebut ultra vires Seksyen 6 Akta Racun 1952.

Menyentuh mengenai isu rundingan dengan Lembaga Racun, Aliza berkata responden (Menteri Kesihatan ketika itu dan kerajaan) berhujah bahawa Akta Lembaga Racun [Akta 366] tidak memperinci kaedah yang diperlukan, justeru perkataan “rundingan” perlu ditafsir dalam konteks fungsi Lembaga Racun di bawah Seksyen 3 akta berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa rundingan dengan Lembaga Racun di bawah Seksyen 6 akta berkenaan bukan sahaja mandatori malah ia perlu, seperti dihujahkan oleh pemohon, bersifat sedar, bermakna, mempunyai tujuan dan berkesan, lapor Bernama.

Dalam kes ini, hakim itu berkata tiada sebarang pertemuan fizikal antara Menteri Kesihatan dengan Lembaga Racun.

“Rundingan yang didakwa berlaku di sini hanyalah pematuhan secara formal terhadap Akta 366 sedangkan rundingan berkesan memerlukan pertukaran pandangan dan pertimbangan terhadap cadangan balas.

“Secara mudahnya, ia seperti sudah diputuskan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengeluarkan sebarang perintah mengenai kos selepas peguam K. Shanmuga memaklumkan bahawa pemohon tidak menuntut kos kerana kes ini melibatkan litigasi kepentingan awam.

Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan hadir bagi pihak kedua-dua responden- 15 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related