◉ HEADLINES

PH nekad ‘kuburkan’ BN Johor kali kedua, umum tanding 56 kerusi

PH tidak akan berundur selepas BN membuka laluan dan tidak mahu dianggap sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong sorong

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan tekad untuk ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) kali kedua, kata pengerusinya, Aminolhuda Hassan.

Menurut Aminolhuda, keputusan itu dibuat susulan keputusan yang dibuat oleh BN yang pada Sabtu, yang mengumumkan akan bertanding solo pada PRN kali ini.

Beliau berkata, memandangkan BN Johor sudah mengisytiharkan keputusan mereka maka PH terpaksa menyambutnya dan tidak mahu dianggap sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong sorong’.

Aminolhuda memberitahu, jika PH berjaya mengalahkan BN pada PRN 2018 lalu, maka tidak mustahil ia boleh berulang malah PH juga tidak mahu menjadi ‘penumpang dalam sampan yang besar ‘ di Johor.

“Umno lahir di negeri ini, pernah suatu masa dulu kita kuburkan dia dan dalam PRN kali ini, kita akan kebumikannya kembali untuk kali kedua.

“BN pernah kalah di Johor dan PH pernah menang 38 kerusi DUN serta memerintah negeri ini.

“Di Johor ada kapal tapi kapal PH cuma sampan. Kita didudukkan dalam sampan yang kononnya masih dalam kerajaan, sampai masa dia potong tali, kita terumbang- ambing.

“Tapi kita akan teruskan perjuangan dan hasrat rakyat Johor untk bangkit memerintah dengan lebih baik kerana pemerintah di peringkat Pusat diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah menyusun pelbagai pembangunan di negeri Johor,’’ katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor hari ini.

Pada Sabtu, Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz mengumumkan BN Johor akan bertanding solo di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.

Keputusan itu, kata Onn dibuat selepas mengambil maklum pandangan, suara serta harapan rakyat Johor selain kepimpinan akar umno Umno-BN Johor berhubung hala tuju parti menjelang PRN.

Dalam pada itu, Aminolhuda turut memberitahu, persempadanan semula sepatutnya dilakukan di Johor memandangkan terdapat tujuh kawasan di Johor yang mempunyai pengundi melebihi 100,000 orang termasuk 131,000 pengundi di Kota Iskandar.

Jika persempadanan semula dilakukan, katanya, tiga DUN tambahan boleh diadakan di kawasan-kawasan berkenaan, namun disebabkan kebanyakan pengundi di situ adalah penyokong PH, maka BN takut akan kalah di situ.

“Kenapa mereka meluluskan Adun lantikan untuk ganti persempadanan semula? Kerana mereka tidak berani, mereka tahu tujuh DUN yang mempunyai lebih 100,000 pengundi itu berada di kawasan bandar, di mana pengundi tegar adalah PH.

“Mereka bimbang tidak ada penyokong, sebab itu tidak mahu ada persempadanan semula,’’ katanya.

Pada 7 Mei lalu, DUN Johor meluluskan Rang Undang-Undang berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima Adun dan berjaya memperoleh majoriti dua pertiga bagi membolehkan pindaan undang-undang negeri dibuat dengan 40 Adun menyokong manakala 16 lagi menentang. – 17 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related