HEADLINES

Jangan salah tafsir titah Sultan Selangor sebagai ‘Perintah Politik’: Tengku Zafrul

Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri mengingatkan segelintir pemimpin agar tidak mengeruhkan keharmonian masyarakat demi agenda sempit, sebaliknya menghormati peranan Raja Berperlembagaan

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Segelintir pemimpin politik digesa untuk berhenti mempolitikkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebaliknya memahami mesej baginda dalam kerangka sistem Raja Berperlembagaan yang sebenar.

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa titah institusi beraja bukanlah satu perintah tegar (decree) atau campur tangan politik, melainkan sebuah nasihat yang lahir daripada tanggungjawab memakmurkan negeri dan rakyat.

“Titah Tuanku Sultan bukanlah suatu campur tangan politik, sebaliknya merupakan nasihat, teguran dan pandangan seorang Raja yang lahir daripada tanggungjawab untuk memastikan kestabilan negeri dan keharmonian masyarakat.”

Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam satu perkongsian di Facebook berkata, tindakan memanipulasi kenyataan istana hanya akan mengeruhkan hubungan antara kepimpinan serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Selangor.

Islam bukan tegak atas kebencian

Mengulas lanjut mengenai intipati titah tersebut, Tengku Zafrul mengingatkan bahawa kekuatan orang Melayu dan Islam sepatutnya menjadi tiang seri yang melindungi semua kaum, bukannya alat untuk meminggirkan pihak lain.

Beliau turut memetik kegemilangan tamadun Islam seperti Empayar Uthmaniyah yang berjaya kerana sifatnya yang inklusif dan meraikan kepelbagaian.

“Sejarah membuktikan kegemilangan sesuatu peradaban tidak dibina atas perpecahan atau kebencian, tetapi melalui kekuatan ilmu, keadilan, kestabilan dan kemampuan merangkul kepelbagaian ragam.”

Hentikan ‘politik lantang’, fokus krisis global

Di saat dunia berhadapan dengan krisis tenaga dan rantaian bekalan global yang tidak menentu, Malaysia tidak lagi mampu melayan budaya politik sempit yang memecah-belahkan.

Tengku Zafrul menggesa semua pihak agar kembali mengabdikan diri kepada lima prinsip Rukun Negara demi membina masa depan yang stabil.

“Kekuatan sebenar sebuah negara bukan terletak pada siapa yang paling lantang, tetapi pada kemampuan rakyatnya untuk hidup bersama dalam suasana saling hormat-menghormati dan mempercayai antara satu sama lain,” katanya. – 21 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related