HEADLINES

Bersatu teliti amaran Hadi, mula persoal hubungan dalam PN

Kepimpinan tertinggi Bersatu dijangka mengadakan pertemuan kritikal bagi memperhalusi amaran keras Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung dakwaan pelanggaran semangat setia kawan yang kini mula mencetuskan pergolakan dalaman Perikatan Nasional menjelang pilihan raya

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi Bersatu bakal mengadakan perbincangan serius susulan amaran keras yang dizahirkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung dakwaan berlakunya pelanggaran semangat setia kawan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan bahawa biro politik dan majlis pimpinan tertinggi parti itu akan meneliti serta membincangkan secara mendalam kenyataan Hadi “dalam masa terdekat”.

“Setiap perkara yang berbangkit wajar diteliti secara menyeluruh dalam semangat setiakawan, persefahaman dan tanggungjawab bersama demi memperkukuhkan perpaduan Perikatan Nasional,” menurut kenyataan tersebut.

Langkah ini diambil selepas Hadi dalam satu sidang media secara terbuka memberi amaran kepada Bersatu bahawa kesabaran mereka ‘ada batas’.

PAS dilaporkan mula “mengkaji satu persatu tindakan Bersatu” dengan mengambil contoh konflik politik yang berlaku di Negeri Sembilan dan Perlis, selain pendirian Bersatu mengenai usaha membawa masuk parti tertentu ke dalam perikatan itu.

Menurut Hadi, PAS akan menilai semula semua tindakan serta kerjasama politik dengan Bersatu memandangkan pilihan raya semakin hampir, selain menegaskan bahawa sebarang keputusan yang bakal dibuat perlu mengambil kira untung rugi politik parti.

Menjawab amaran terbuka tersebut, Tun Faisal menegaskan bahawa pihak mereka tidak mengambil mudah perkara berkenaan.

“Bersatu memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Haji, berkaitan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua par dalam PN,” kata Tun Faisal.

Antara isu sensitif yang dibangkitkan oleh Hadi termasuklah tindakan penarikan sokongan Adun Bersatu di Negeri Sembilan demi membentuk kerajaan negeri bersama Umno, serta perkembangan politik di Perlis yang menyaksikan tampuk pemerintahan beralih sepenuhnya ke tangan Bersatu.

Selain itu, PAS turut tidak berpuas hati dengan dakwaan adanya campur tangan dalam pelantikan exco di Kedah serta jawatan timbalan speaker di Kelantan.

Isu dalaman ini menjadi semakin parah apabila Hadi turut menyentuh pendirian Bersatu yang didakwa sengaja menghalang dan tidak bersetuju dengan usaha membawa masuk parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam tertentu untuk memperkasakan lagi Perikatan Nasional. – 22 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related