HEADLINES

Rundingan AS-Iran tunjuk perkembangan positif, Malaysia sokong usaha sumbang keamanan: Anwar

Malaysia menggesa semua pihak supaya mencapai satu perjanjian rangka kerja yang inklusif bagi memperkukuh gencatan senjata sedia ada, memastikan laluan selamat melalui Selat Hormuz, serta menangani kepentingan keselamatan sah semua negara di rantau berkenaan

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia untuk menyokong usaha pelbagai hala bertujuan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan berkekalan di Asia Barat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, ia susulan petunjuk yang memberangsangkan daripada pemimpin Asia Barat bahawa rundingan ke arah satu perjanjian rangka kerja antara Amerika Syarikat dan Iran sedang berjalan ke arah yang progresif termasuk pembukaan semula Selat Hormuz.

Beliau berkata, perkara berkenaan disifatkan sebagai perkembangan yang penuh optimisme dan harapan.

“Malaysia mengambil maklum peranan konstruktif yang dimainkan oleh Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu dalam memudah cara proses ini.

“Kita juga mengalu-alukan penglibatan peribadi presiden Donald Trump dalam usaha mencapai penyelesaian menerusi rundingan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia juga berharap semua pihak akan merebut peluang ini dan meneruskan rundingan sehingga mencapai kesimpulan yang berjaya.

Dalam masa yang sama, katanya, Malaysia menggesa semua pihak supaya mencapai satu perjanjian rangka kerja yang inklusif bagi memperkukuh gencatan senjata sedia ada, memastikan laluan selamat melalui Selat Hormuz, serta menangani kepentingan keselamatan sah semua negara di rantau berkenaan.

“Malaysia bersedia untuk menyokong sebarang usaha pelbagai hala yang menyumbang kepada keamanan dan kestabilan berkekalan di Asia Barat,’’ katanya.

Gangguan terhadap Selat Hormuz, yang menjadi laluan bagi satu perlima daripada bekalan minyak dunia telah menyebabkan bekalan tenaga global terjejas.

Iran sebahagian besarnya telah menutup laluan strategik global itu sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan siri pertama serangan ketenteraan pada penghujung Februari.

Pada Sabtu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian dengan Iran bagi menamatkan perang antara kedua-dua negara itu “sebahagian besar sudah dirunding, tertakluk kepada persetujuan akhir.”

“Satu perjanjian sebahagian besarnya sudah dirunding, tertakluk kepada persetujuan akhir antara Amerika Syarikat, Iran dan pelbagai negara lain,” tulis Trump menerusi platform Truth Social, lapor Anadolu Ajansi.

Trump berkata beliau membincangkan perjanjian yang dicadangkan itu dengan beberapa pemimpin serantau dalam satu “panggilan yang sangat baik”. – 24 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related