◉ HEADLINES

Amirudin dilantik pengarah pilihan raya PKR, ganti Nurul Izzah

Saifuddin akan kekal memainkan peranan sebagai pengarah pilihan raya bersama

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PKR mengumumkan pelantikan Naib presidennya, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai pengarah pilihan raya bersama parti berkenaan, menggantikan Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kekal memainkan peranan sebagai pengarah pilihan raya bersama.

Menurut Fuziah, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan semalam.

“Biro Politik PKR telah bermesyuarat dan bersetuju dengan beberapa penyusunan strategik bagi memperkukuh kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fuziah berkata, Nurul Izzah akan memberikan tumpuan kepada pembangunan kapasiti jentera serta pengukuhan gerak kerja parti.

Pelantikan tersebut, katanya, adalah sebahagian daripada usaha menstruktur semula gerak kerja pilihan raya agar lebih tersusun dan menyeluruh di semua peringkat.

“Penyusunan ini juga merupakan kesinambungan kepada asas gerak kerja yang telah dibina sebelum ini, termasuk pengukuhan struktur pilihan raya, penyelarasan antara negeri dan cabang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fuziah turut memaklumkan pelantikan Datuk Azman Abidin dan Datuk Ruji Ubi sebagai Pengarah Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya.

Langkah tersebut, katanya, bertujuan memperkukuh penyelarasan strategi, operasi lapangan dan pemantauan gerak kerja parti. – 26 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Indonesian driving licences to be recognised in Southeast Asia from June 2025

Identity cards to also serve as driving licences, police official says

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

◉ Related