HEADLINES

PH muktamad runding kerusi PRN Johor: Saifuddin

Ketua Setiausaha PH berkata sebaik selesai rundingan kerusi itu, tumpuan PH kini beralih kepada persiapan jentera pilihan raya termasuk gerak kerja di lapangan, penyusunan logistik serta penyampaian mesej yang tepat kepada pengundi bagi memastikan kemenangan PH di Johor

9:12 AM MYT

 

BATU PAHAT – Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata rundingan kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berjaya dimuktamadkan semalam.

Beliau berkata proses itu berjaya dicapai hasil rundingan yang melibatkan pimpinan parti Amanah, PKR dan DAP.

“Saya nak sebut, baru sebentar tadi, petang tadi, kita telah selesaikan rundingan semua kerusi antara parti-parti PH. Terima kasih Abang Mat Sabu (Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu), terima kasih saudara Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH bagi PRN Johor yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution yang juga Naib Presiden PKR berkata beberapa perincian akhir berhubung pembahagian kerusi akan diserahkan kepada kepimpinan PH Johor yang diketuai Pengerusinya Aminolhuda Hassan yang juga Pengerusi Amanah Johor.

Saifuddin yang juga naib presiden PKR berkata beberapa perincian akhir berhubung pembahagian kerusi akan diserahkan kepada kepimpinan PH Johor yang diketuai Pengerusinya Aminolhuda Hassan yang juga pengerusi Amanah Johor.

Beliau berkata dengan selesainya rundingan kerusi itu, tumpuan PH kini beralih kepada persiapan jentera pilihan raya termasuk gerak kerja di lapangan, penyusunan logistik serta penyampaian mesej yang tepat kepada pengundi bagi memastikan kemenangan PH di Johor.

Dalam pada itu, Saifuddin turut menyelar tindakan pihak tertentu yang masih menggunakan politik identiti dan perkauman demi meraih sokongan politik.

“Taktik menakut-nakutkan rakyat kononnya kaum tertentu akan kehilangan kuasa atau agama sedang terancam merupakan ‘politik ketakutan’ yang sengaja direka untuk memecahbelahkan masyarakat.

“Saudara, Melayu, Cina, India ialah kebanggaan kita. Kita tidak diminta lahir sebagai Melayu, sebagai Cina, sebagai India, tidak. Itu fitrah yang telah pun diberikan kepada kita.

“Kerana itu pendekatan PH ialah bukan ‘us versus them’ (kita lawan mereka). Pendekatan politik kita ialah kita semua bersama,” katanya.

Sebelum ini, PH mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi DUN di Johor pada PRN akan datang. – 7 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related