HEADLINES

Onn Hafiz bukan chauvinis, utamakan rakyat: Zambry

Pendirian politik Onn Hafiz lahir daripada prinsip dan mandat BN Johor, bukan sentimen perkauman — rakyat akan menilai berdasarkan rekod, bukan retorik

9:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Di Johor, nama Datuk Onn Hafiz Ghazi sering dikaitkan dengan kepimpinan yang tenang tetapi tegas.

Pendirian Menteri Besar Johor itu bagi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, bukan lahir daripada sikap chauvinis atau perkauman, sebaliknya daripada prinsip politik yang jelas — rakyat mesti sentiasa diutamakan.

“Isu ini bukan soal angkuh atau enggan berhubung dengan pihak yang berbeza pandangan politik. Sepanjang menerajui Johor, Onn telah membuktikan bahawa beliau berkhidmat untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun kecenderungan politik,” kata Zambry.

Beliau menegaskan, tidak perlu ada pihak yang melatah terhadap kenyataan Onn Hafiz berhubung DAP kerana ia lahir daripada pertimbangan politik, bukannya sentimen perkauman.

Zambry turut mengingatkan bahawa Johor sebelum ini ditadbir BN sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan, maka pendirian Onn Hafiz perlu dilihat dalam konteks mandat politik negeri.

“Harus diingat bahawa Negeri Johor pada penggal lalu ditadbir oleh Barisan Nasional… pendirian politik yang dinyatakan beliau perlu dilihat dalam konteks landskap politik negeri dan mandat yang diperjuangkan oleh BN Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Zambry mengakui Umno dan BN sering menjadi sasaran kritikan dan kecaman di pentas politik, namun tidak pernah menjadikannya isu besar atau menyerang balas secara berlebihan.

Apa yang lebih penting, katanya, ialah komitmen semua pihak memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.

“Dalam aspek ini, Datuk Onn Hafiz terus melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sebagai Menteri Besar Johor,” ujar beliau.

Zambry menutup kenyataannya dengan seruan agar semua pihak berhenti membesarkan polemik yang tidak membawa manfaat, sebaliknya menumpukan tenaga kepada persiapan menghadapi PRN, menawarkan idea segar dan memperkukuh pembangunan ekonomi negeri.

Katanya, rakyat pada akhirnya akan menilai berdasarkan rekod perkhidmatan dan keupayaan memimpin — bukan retorik yang memecah-belahkan. – 9 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related