HEADLINES

Malaysia mainkan peranan penting dalam banteras Islamophobia

3:30 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha membanteras Islamophobia, kejahilan dan kebencian terhadap Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perbuatan membakar Al-Quran yang berlaku akibat kejahilan, sombong dan pemikiran neokolonial, perlu dibanteras menerusi ilmu dan pemahaman.

“Bagi orang Islam sudah tentu melalui Al-Quran,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Kompleks Nasyrul Quran di sini hari ini.

Anwar berkata Al-Quran dan terjemahannya yang dihasilkan oleh Yayasan Restu, telah dicetak, diterjemahkan dan diedarkan ke seluruh dunia, khususnya di negara-negara Barat.

“..supaya mereka (orang Barat) berpeluang membaca, memahami untuk menghayati, seperti yang kita lakukan dalam menghormati agama lain di negara ini.

“Saya berharap melalui usaha ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan lebih memahami serta menghormati kemanusiaan,” katanya. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Malaysia Airlines soars to 39th in Skytrax’s World’s Best Airline ranking

National carrier climbs eight positions, a significant improvement from last year's 47th place

Related