HEADLINES

PRN Johor ditetapkan 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos ini

Tarikh pengundian awal PRN Johor pada 7 Julai, manakala bagi Negeri Sembilan ditetapkan 28 Julai

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri Johor akan diadakan pada 11 Julai ini manakala hari mengundi bagi Negeri Sembilan ditetapkan pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun ketika mengumumkan tarikh berkenaan berkata, proses penamaan calon untuk PRN Johor adalah pada 27 Jun sementara Negeri Sembilan ditetapkan 18 Julai.

“Tarikh pengundian awal PRN Johor pada 7 Julai, manakala bagi Negeri Sembilan ditetapkan 28 Julai,” katanya pada sidang media selepas selesai mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Johor dan Negeri Sembilan, yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Menurut Ramlan, seramai 2,727,926 individu layak mengundi di Johor sementara di Negeri Sembilan adalah 889,490 pengundi.

“Bagi tujuan pemantauan, sebanyak 56 pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya ditubuhkan di Johor manakala 36 di Negeri Sembilan dan pasukan itu akan turut diwakili oleh polis, pihak berkuasa tempatan serta wakil-wakil calon,” katanya.

Pada 1 Jun lepas, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Ia disusuli pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pada 4 Jun yang mengumumkan DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi, dibubarkan pada keesokan harinya setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – 12 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related