HEADLINES

Joget ‘Trend Gen Z’ Datuk Bandar PJ terima kecaman, netizen sifatkan memalukan

Trend yang dihasilkan itu mendapat kecaman daripada netizen, yang menganggap ia tidak sesuai apatah lagi beliau merupakan seorang penjawat awam dan sepatutnya berkelakuan sopan serta menjaga etika

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon yang menghasilkan joget ‘Trend Gen Z’ sempena sambutan 20 tahun bandar raya berkenaan mendapat kecaman ramai, yang menyifatkan ia sebagai satu perbuatan tidak wajar.

Menurut akaun Instagram pjcitycouncil, ia adalah sempena sambutan 20 tahun bandar raya Petaling Jaya dan Majlis Perasmian Ulang Tahun Bandar Petaling Jaya akan disambut pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, dari jam jam 8 hingga 11 malam.

“20 tahun penuh kenangan, kemajuan dan kebersamaan. Jom sama-sama raikan perjalanan hebat bandar yang kita banggakan,’’ demikian kapsyen pada akaun media sosial instagram pjcitycouncil.

Dalam konten yang dihasilkan itu juga, Mohamad Zahri turut meminta warga Petaling Jaya menggunakan #MBPJ20

“Saya nak warga Petaling Jaya membuat trend ini dengan hashtaq MBPJ20,’’ katanya.

Bagaimanapun trend yang dilakukan itu mendapat kecaman daripada netizen, yang menganggap ia tidak sesuai apatah lagi beliau merupakan seorang penjawat awam dan sepatutnya berkelakuan sopan serta menjaga etika.

Mereka menyifatkan ia sebagai memalukan dan yang menganggap ia sebagai sesuatu yang ‘bodoh’ kerana kata netizen, ada banyak isu-isu semasa yang gagal diselesaikan di bawah majlis berkenaan.

“Kerja dah la banyak tak settle (selesai). Sempat bertiktok lagi,’’ kata Fzrn_hrun.

“Joget jangan tak joget…saya emel laporan dan telefon sampai jadi teruk pasal aduan pasal anjing liar, korang joget eh,’’ bidas ungkuraad_alfinko

“Jaga maruah dan intelektualisme seorang DB (Datuk Bandar). Kejayaan sesebuah PBT diukur dari pencapaian dan kepuasan warga naungannya, bukan dengan trend yang memalukan dan “rosak” (pinjam kata DB),’’ marah kaksha_71 menerusi komen di ruang Instagram MBPJ.

Bagaimanapun ada yang memuji dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang bertenaga.

Tren Gen Z itu popular di platform TikTok yang dipopularkan oleh generasi Gen Z dengan melakukan gerakan-gerakan energik yang diselaraskan dengan lagu-lagu yang dipilih, kebanyakannya muzik rancak.

Video berkenaan dimuatnaik di media sosial pjcitycouncil pada Jumaat. – 13 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas denies involvement in reported Philippines fuel supply deal

The national oil company says it is committed to ensure a reliable and continuous fuel supply to Malaysia

Four Malaysians lured by TikTok job scam caught smuggling RM8.3 mil in ganja

AKPS say the suspects, all in their 20s, were duped into carrying drugs to Manchester after accepting online offers promising up to RM11,000

Absolute rubbish: FAM blasts unfounded claims by sour grapes from Vietnam, Indonesia

Sec-gen Noor Azman says FIFA and AFC oversight disproves claims from Vietnam and Indonesia over Harimau Malaya’s heritage recruits

Related