◉ HEADLINES

Sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tiada PdPR

Keputusan berkenaan adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara

8:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Mohd Azam Ahmad berkata, keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas dan pada masa sama aspek kebajikan serta kesejahteraan semua pihak terpelihara.

“KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).

“KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, KPM akan meneliti secara menyeluruh pelaksanaan PdPR bagi memastikan keputusan yang bakal dibuat mengambil kira kepentingan warga pendidik, ibu bapa dan murid.

Ia bagi memastikan sebarang keputusan dibuat itu tidak menjejaskan murid serta pelajar supaya sesi pembelajaran dapat berjalan lancar.

Khamis lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel termasuk Bekerja Dari Rumah (BDR) dilihat antara langkah penting bagi memastikan kesinambungan operasi kerajaan.

Ia bagi menghadapi dunia yang semakin tidak menentu akibat konflik geopolitik, bencana atau krisis kesihatan awam.

Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari lalu susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk. – 16 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related