◉ HEADLINES

Tambang ECRL belum dimuktamad, info tular hanya spekulasi

Malaysia Rail Link tegaskan kadar rasmi masih diperhalusi; rakyat diminta tunggu pengumuman sah Kementerian Pengangkutan

11:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menafikan maklumat mengenai kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tular di media sosial baru-baru ini, menegaskan ia sekadar spekulasi dan tidak mewakili kadar sebenar apabila perkhidmatan mula beroperasi Januari depan.

Dalam kenyataan, MRL menjelaskan kadar tambang masih belum diumumkan secara rasmi dan sedang diperhalusi bersama pihak berkepentingan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat bagi memastikan ia kekal berpatutan, kompetitif dan mesra pengguna.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian atau kesimpulan berdasarkan maklumat yang tidak disahkan,” menurut kenyataan itu.

MRL menambah kadar rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan selepas proses penilaian dan kelulusan dimuktamadkan.

Syarikat itu turut menghargai keterujaan orang ramai terhadap projek mega berkenaan, namun menggesa semua pihak menunggu pengumuman sah melalui saluran komunikasi rasmi ECRL, MRL serta kementerian.

“Insya-Allah, kadar tambang yang ditetapkan nanti akan mengambil kira kepentingan rakyat serta memberikan nilai terbaik kepada pengguna,” jelas kenyataan itu.

Jajaran ECRL sepanjang 665 kilometer akan merentasi Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Selangor di Pantai Barat, dengan masa perjalanan antara Kota Bharu dan Gombak dijangka hanya empat jam berbanding sekitar tujuh jam melalui jalan raya. – 16 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related