HEADLINES

Harga diesel bersubsidi turun RM2.10 seliter di seluruh negara mulai Julai

Penurunan harga itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang dilaksanakan melalui Budi95

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Harga diesel bersubsidi akan diturunkan kepada RM2.10 seliter di seluruh negara mulai Julai, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataannya, MOF memberitahu, penurunan harga itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui Budi Madani RON95 (Budi95).

“Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara.

“Subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi,’’ katanya.

Menurut MOF, ia juga seperti pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bintulu, Sarawak hari ini.

MOF berkata, dalam keadaan krisis Asia Barat yang terus memberi tekanan kepada bekalan minyak global, langkah ini penting bagi memastikan subsidi Kerajaan hanya sampai kepada rakyat Malaysia serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi.

Menurut MOF, perbezaan ketara antara harga diesel bersubsidi dan harga tanpa subsidi telah mewujudkan ruang kepada ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi, termasuk ke luar negara.

“Ketika ini, diesel masih dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak Sabah dan Sarawak, berbanding harga runcit diesel tanpa subsidi RM4.37 seliter di Semenanjung Malaysia.

“Dengan pembaharuan penyasaran subsidi diesel, harga runcit diesel di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada harga runcit di Semenanjung Malaysia dan dengan itu, bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi,’’ katanya.

Pada masa sama, MOF memberitahu, rakyat di Sabah dan Sarawak dengan kenderaan diesel akan menikmati pengurangan harga runcit daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel ini akan diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pada esok. – 21 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

State of the Nation: Petronas to Sarawak – “It’s not personal, it’s just business” – Zainul Arifin

Petronas’ move to seek legal clarity over its operations in Sarawak has ignited political anger and public backlash, exposing deeper grievances over oil and gas rights, MA63 and federal-state relations and raising fears that prolonged uncertainty could hurt Sarawak, Petronas and the national economy

Kesuma proposes maternity allowance for 100,000 mothers, rolls out WFH policy ahead of Labour Day

The Human Resources Ministry unveils a maternity assistance proposal and upcoming work-from-home guidelines as part of its nationwide Labour Day programme, aimed at strengthening worker welfare and economic resilience

Wheelchair Tennis team dominates as Malaysia eyes clean sweep at Asean Para Games

Malaysia’s wheelchair tennis squad is on track for a historic double gold at the Asean Para Games in Korat after storming into the singles and doubles finals with dominant performances

Related