HEADLINES

Impak gangguan Selat Hormuz, pengurusan haji antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Turut dijadualkan dalam mesyuarat adalah pembentangan bagi RUU Jenayah Siber 2026 dan RUU (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan 1987

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Impak ekonomi terkini akibat gangguan perdagangan di Selat Hormuz dan langkah penambahbaikan sistem pengurusan haji untuk tahun depan antara dibincangkan pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (GPS-Betong) bertanyakan Menteri Ekonomi pada sesi soal jawab mengenai penilaian impak ekonomi terkini akibat gangguan perdagangan di Selat Hormuz terhadap kos operasi industri tempatan dan kadar inflasi negara bagi suku kedua 2026.

Beliau juga ingin tahu strategi luar jangka dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memastikan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kekal mampan sekiranya kemelesetan ekonomi global berlaku secara berpanjangan.

Selain itu, Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) pula meminta Perdana Menteri menyatakan langkah penambahbaikan sistem pengurusan haji pada 2027 termasuk isu kos, tempoh menunggu dan perlindungan kebajikan serta kesihatan.

Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Digital mengenai sama ada Rang Undang-Undang (RUU)Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang sedang digubal akan menangani secara jelas penyalahgunaan teknologi itu termasuk penghasilan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak berbentuk palsu tulen (deepfake), penyamaran identiti dan penyebaran kandungan intim tanpa persetujuan.

Sementara itu, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah intervensi jangka pendek, sederhana serta panjang yang telah dan akan diambil kerajaan dalam mendepani kesan krisis perang di Asia Barat kepada keterjaminan makanan negara. 

Turut dijadualkan dalam mesyuarat adalah pembentangan bagi RUU Jenayah Siber 2026 dan RUU (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 16 hari hingga 16 Julai. – 22 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related