HEADLINES

Penyasaran subsidi diesel guna Mykad jimat hingga 1 bilion liter setahun: Amir Hamzah

Ketirisan yang banyak berlaku dalam sektor diesel sebelum ini adalah kerana penggunaan pengesahan melalui MyKad tidak dilaksanakan secara meluas seperti petrol RON95

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi diesel di bawah Budi Madani dengan menggunakan Mykad mampu mengurangkan ketirisan hingga 1 billion liter diesel setahun, sekali gus menjimatkan perbelanjaan subsidi dan menjamin kestabilan bekalan bahan api dalam negara.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ketirisan yang banyak berlaku dalam sektor diesel sebelum ini adalah kerana penggunaan pengesahan melalui MyKad tidak dilaksanakan secara meluas seperti petrol RON95.

Ini kerana, dengan Mykad, hanya hanya warganegara yang layak menikmati subsidi manakala bukan warganegara perlu membeli bahan api pada harga pasaran ditetapkan.

“Anggaran kita ialah dapat mengurangkan ketirisan sebanyak 1 bilion liter diesel setahun. Ini bukan sahaja mengurangkan pembayaran subsidi yang tidak sepatutnya malah membantu menjamin kestabilan bekalan dalam negara,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Media Pelaksanaan Pembaharuan Penyasaran Subsidi Diesel di Kota Kinabalu, hari ini.

Pada 21 Jun lalu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataannya memaklumkan harga diesel bersubsidi akan diturunkan kepada RM2.10 seliter di seluruh negara mulai Julai.

MOF memberitahu, penurunan harga itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui Budi Madani RON95 (Budi95).

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata pelaksanaan subsidi diesel akan menggunakan pendekatan sama seperti mekanisme subsidi bersasar RON95 yang dilaksanakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai proses pendaftaran, beliau menjelaskan rakyat yang layak menerima subsidi asas tidak perlu membuat pendaftaran kerana kelayakan akan dikenal pasti secara automatik melalui sistem sedia ada.

Bagaimanapun, individu yang memerlukan kuota tambahan sebanyak 100 liter sebulan di bawah program BUDI Diesel perlu membuat permohonan melalui portal disediakan atau mendapatkan bantuan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Untuk kuota tambahan 100 liter itu, mereka perlu membuat permohonan. Pegawai LHDN akan membantu proses pendaftaran bagi mendapatkan kelayakan tambahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kerajaan yakin penggunaan MyKad tidak akan menimbulkan masalah khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman memandangkan mekanisme serupa telah digunakan secara meluas menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Amir Hamzah berkata di Sabah sahaja terdapat kira-kira 1,493 premis yang terlibat dalam pelaksanaan SARA termasuk di kawasan pedalaman dengan kadar penggunaan penerima manfaat mencecah hampir 100 peratus.

Katanya, pengalaman pelaksanaan SARA membuktikan penggunaan MyKad sebagai medium pengesahan dan penebusan bantuan dapat diterima baik oleh rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kerajaan akan terus mendapatkan maklum balas pelbagai pihak bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel bersasar berjalan lancar dan mencapai matlamat utama tanpa menjejaskan golongan yang layak menerima bantuan. – 23 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related