HEADLINES

Anwar nafi dakwaan halang MB Johor masuk Felda

Perdana Menteri menolak dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dihalang memasuki kawasan Felda, menegaskan tiada arahan dikeluarkan dan Kerajaan Persekutuan hanya mengurus projek di bawah bidang kuasanya

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada arahan menghalang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada memasuki kawasan Felda, sambil menekankan Kerajaan Persekutuan hanya melaksanakan projek di bawah bidang kuasanya.

“Arahan (halang Onn Hafiz) tak ada. Kerajaan Persekutuan layan projek Persekutuan. Negeri, dia buat kerja negerilah, apa nak riuh-riuh ini buat apa,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil.

Anwar mengulas dakwaan Onn Hafiz yang mendakwa beliau dihalang memasuki kawasan Felda untuk menyerahkan geran hak milik sempena Hari Peneroka Felda Johor 2026.

Majlis yang sepatutnya berlangsung di Felda Ulu Belitong, Kluang pada 20–21 Jun lalu terpaksa dipindahkan ke Dewan Dato’ Onn, Taman Sri Lambak, Kluang.

Onn Hafiz menyifatkan insiden itu sebagai pengalaman pertama dalam sejarah pentadbirannya:

“Rupa-rupanya nak serahkan hak milik peneroka dalam kawasan Felda pun saya tak dibenarkan masuk. Pertama kali dalam sejarah hidup saya di Johor, Menteri Besar tak dibenarkan masuk ke kawasan Felda.”

Beliau menegaskan warga Felda adalah “anak emas Johor” dan tetap bersyukur dapat bertemu peneroka di 73 tanah rancangan meskipun diuji dengan sekatan. – 26 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related