◉ HEADLINES

Hamas-Israel bincang kemungkinan lanjut gencatan senjata dengan beberapa syarat

Seramai 3,200 rakyat Palestin ditahan Israel sejak 7 Oktober lalu

9:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hamas mengumumkan sedang berusaha untuk melanjutkan gencatan senjata yang dipersetujui dengan Israel sekiranya usaha serius dilakukan bagi membebaskan lebih ramai lagi rakyat Palestin yang ditahan rejim Zionis itu.

Malah, CNN melaporkan, Israel juga membincangkan kemungkinan melanjutkan gencatan senjata sementara dengan Hamas dalam mesyuarat malam tadi.

Bagaimanapun sumber berkata, syarat lanjutan kekal tidak berubah daripada perjanjian asal, ini bermakna Hamas perlu membebaskan 10 tebusan tambahan untuk setiap jeda tambahan hari dalam pertempuran.

Seramai 39 warga Palestin dibebaskan tentera Israel pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan tahanan yang dibebaskan sejak gencatan senjata kemanusiaan bermula kepada 117.

Namun ribuan rakyat Palestin masih ditahan tanpa perbicaraan atau pertuduhan dan mereka yang dibebaskan mendedahkan dilayan dengan kejam oleh rejim Zionis sepanjang tempoh dipenjarakan.

Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Palestin bagi Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Banduan, daripada 3,200 rakyat Palestin yang ditahan Israel sejak 7 Oktober lalu di Baitulmaqdis dan Tebing Barat yang dijajah, 41 daripadanya adalah wartawan dengan 29 lagi masih dalam tahanan.

Angka itu termasuk lebih 200 kanak-kanak dan 78 wanita, serta “ratusan” tahanan yang sakit dan cedera dengan beberapa daripada mereka memerlukan “campur tangan perubatan segera”.

Sementara itu, bekas Pengarah Eksekutif Human Rights Watch (HRW), Kenneth Roth berkata, jika Israel meneruskan pertempuran di Gaza selepas gencatan senjata berakhir, “ia berisiko menggandakan korban orang awam, kerana kebanyakan penduduk utara Gaza kini bersesak-sesak menuju ke selatan”.

Dia menegaskan bahawa bahagian selatan wilayah terkepung itu di mana Israel mengarahkan penduduk utara dan tengah Gaza untuk berpindah, “sepatutnya lebih selamat”.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian daripada selatan Gaza, turut dibom tentera Israel tanpa henti, termasuk kawasan Khan Younis dan Rafah. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related