HEADLINES

Agong titah Anwar, Kerajaan Madani terus tadbir negara

Baginda turut bertitah pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik

6:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani meneruskan kerja mentadbir negara.

Perdana Menteri berkata, baginda turut bertitah pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.

Menurutnya, perkenaan itu diberikan ketika beliau menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, hari ini.

“Hari ini seperti kelazimannya saya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Baginda bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara.

“Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dilapor berkata, jumlah SD diperoleh PN cukup untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan, namun tidak memperincikannya.

Sabtu lalu, Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk menghadap baginda bersama SD masing-masing.

Kenyataan didakwa dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu tular di media sosial dan disahkan palsu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sekiranya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada golongan asnaf dan miskin di negara ini. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related