HEADLINES

Budi Madani: Lebih 18,000 mohon tambahan kuota diesel, 40,000 transaksi lancar

Permohonan ini dikhususkan kepada pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak

8:45 AM MYT

 

PETALING JAYA – Pelaksanaan awal program Budi Madani Diesel (Budi Diesel) mencatatkan perkembangan positif apabila portal rasminya menerima lebih 18,000 permohonan bagi tambahan kuota diesel bersubsidi sebanyak 100 liter sebulan.

Permohonan tersebut melibatkan pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak, setakat jam 10 malam tadi.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, fasa awal inisiatif yang kini memasuki hari kedua itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal.

Malah, sistem berkenaan telah merekodkan lebih 40,000 transaksi daripada pengguna yang memanfaatkan subsidi tersebut sejak ia mula dikuatkuasakan kelmarin.

“Bagi pemindahan kuota, ia boleh dipohon melalui portal yang sama. Kita akan memastikan kuota itu dipindahkan kepada pengguna sebenar,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra pelaksanaan BUDI Diesel di Stesen Minyak Petronas NKVE arah Damansara di sini.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Mekanisme pemindahan kuota lebih telus

Mengulas lanjut mengenai fleksibiliti sistem, Amir Hamzah menjelaskan bahawa kerajaan amat memahami situasi logistik di mana pemilik berdaftar kenderaan mungkin berbeza dengan pemandu atau pengguna sebenar. Oleh itu, proses pemindahan kuota dipermudahkan secara telus berasaskan identiti digital.

Menurut beliau, selepas pemindahan dibuat, pengesahan di stesen minyak akan dilaksanakan melalui nombor kad pengenalan pengguna yang dipautkan dengan kuota berkenaan.  

“Kuota akan ditetapkan kepada nombor kad pengenalan pengguna baharu. Jadi apabila digunakan di stesen minyak, sistem akan mengenal pasti bahawa kuota itu telah dipindahkan.  

“Namun, jumlah kuota kekal berdasarkan kenderaan dan ia hanya boleh digunakan oleh individu yang telah ditetapkan,” jelasnya lagi.  

Bagi memastikan tiada golongan yang tercicir, Amir Hamzah berkata permohonan tambahan kuota boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi BUDI MADANI.

Manakala individu atau pengusaha yang memerlukan bantuan fizikal boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai di:

Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Kaunter khas yang disediakan oleh beberapa syarikat minyak terpilih

Tiada isu teknikal, fokus menjelang 1 Julai

Setakat ini, tiada sebarang isu teknikal dilaporkan oleh mana-mana pihak termasuk pengusaha stesen minyak. Kerajaan akan terus memberikan tumpuan penuh bagi memastikan fasa peralihan ini berjalan lancar menjelang tarikh sasaran pada 1 Julai ini.

Sebagai rekod, pelaksanaan awal BUDI Diesel bermula kelmarin di seluruh Semenanjung Malaysia. Di bawah fasa ini, pengguna dapat menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter bagi kuota anjal sehingga 200 liter, sebelum kadar tersebut diselaraskan kepada RM2.10 seliter bermula Rabu ini. – 29 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Policies alone can’t stop bullying in public hospitals: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president urges stronger enforcement and cultural change as healthcare workers continue to face intimidation and silence within hospital hierarchies

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related