KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Malaysia Digital 2030 (MD2030) iaitu satu rangka tindakan nasional bagi tempoh 2026-2030, menandakan peralihan drastik fokus negara daripada pengguna teknologi kepada pengeluar inovasi tempatan.
MD2030 menggariskan sasaran nasional yang komprehensif menjelang 2030, merangkumi petunjuk ekonomi dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam yang holistik termasuk 30% sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Selain itu, MD2030 juga membuka 500,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi di dalam ekonomi digital; penjimatan sebanyak RM4.5 bilion bagi sektor awam hasil daripada operasi pendigitalan Kerajaan dan 95% perkhidmatan kerajaan disediakan secara dalam talian dari hujung ke hujung.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Kementerian Digital dalam kenyataan, rangka tindakan itu menggariskan sasaran nasional yang komprehensif menjelang 2030, iaitu 30 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); 500,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam ekonomi digital; penjimatan RM4.5 bilion bagi sektor awam hasil pendigitalan, dan 95 peratus perkhidmatan kerajaan disediakan secara dalam talian dari hujung ke hujung.
Kementerian berkenaan juga dilantik sebagai kementerian peneraju yang bertanggungjawab memandu hala tuju strategik negara bagi merealisasikan agenda ke arah Negara AI 2030, lapor Bernama.
MD2030, kata kenyataan berkenaan, digerakkan melalui tujuh bidang utama, iaitu kerajaan, ekonomi, infrastruktur, bakat, masyarakat, kepercayaan dan keselamatan serta inovasi, dengan setiap teras diterajui kementerian berkaitan bagi memastikan pelaksanaan bersepadu melalui pendekatan menyeluruh kerajaan.
Setiap teras akan diketuai seorang Ketua Kluster, antaranya Teras Kerajaan diterajui oleh Shamsul Azri, Teras Ekonomi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Teras Infrastruktur (Fahmi); Teras Bakat (Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan); Teras Masyarakat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri); Teras Kepercayaan dan Keselamatan (Gobind) dan Teras Inovasi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang).
Di bawah Teras Kerajaan, tumpuan diberikan kepada memperkenalkan dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam melalui penubuhan GovTech Malaysia.
Teras Ekonomi pula menumpukan usaha memacu Malaysia sebagai hab inovasi dan perdagangan digital serantau melalui produk “Made by Malaysia”, adaptasi teknologi dalam Sektor Pertumbuhan dan Nilai Tinggi (HGHV), serta merealisasikan potensi data, aset digital dan Harta Intelek (IP).
Teras Infrastruktur pula memberikan fokus kepada ketersambungan Internet yang berkualiti di seluruh negara serta membangunkan infrastruktur digital masa hadapan yang mampan, termasuk pusat data, pengkomputeran awan, dan bandar pintar.
Di bawah Teras Bakat, ia bertujuan memastikan tenaga kerja negara bersedia untuk ekonomi digital melalui kerangka dasar bakat yang menyeluruh, peralihan tenaga kerja yang tangkas, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab bakat digital serantau dan global.
Sementara di bawah Teras Kerajaan, tumpuan diberikan kepada memperkenalkan dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam melalui penubuhan GovTech Malaysia.
Teras Ekonomi pula menumpukan usaha memacu Malaysia sebagai hab inovasi dan perdagangan digital serantau melalui produk “Made by Malaysia”, adaptasi teknologi dalam Sektor Pertumbuhan dan Nilai Tinggi (HGHV), serta merealisasikan potensi data, aset digital dan Harta Intelek (IP).
Teras Infrastruktur pula memberikan fokus kepada ketersambungan Internet yang berkualiti di seluruh negara serta membangunkan infrastruktur digital masa hadapan yang mampan, termasuk pusat data, pengkomputeran awan, dan bandar pintar.
Di bawah Teras Bakat, ia bertujuan memastikan tenaga kerja negara bersedia untuk ekonomi digital melalui kerangka dasar bakat yang menyeluruh, peralihan tenaga kerja yang tangkas, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab bakat digital serantau dan global. – 29 Jun, 2026
