HEADLINES

“Nak letak jawatan, letaklah… tiada siapa larang!”: Ab Rauf

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyokong penuh cabaran Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap Nga Kor Ming, menegaskan tindakan berundur adalah hak peribadi dan tiada sesiapa yang akan menghalang Timbalan Pengerusi DAP itu jika beliau serius dengan ancamannya

12:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Bila dia kata nak letak jawatan, siapa yang halang dia letak jawatan? Letaklah. Kalau dia nak letak jawatan, tak ada siapa suruh dia jangan letak jawatan dan tak ada siapa larang. Itu hak dia.”

Demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang senada dengan kenyataan tegas Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung ancaman letak jawatan oleh Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri dan Pengerusi Umno Melaka menyatakan, keputusan untuk melepaskan jawatan adalah hak individu dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang sekiranya seseorang itu benar-benar mahu berbuat demikian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Ex-Undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Melaka 2026 (Simulasi Ketenteraman Awam) di Tanjung Bidara, malam tadi.

Cetus kontroversi ‘garis merah’

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencetuskan polemik apabila menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Pemimpin DAP itu dilaporkan berkata beliau akan menjadi individu pertama meletak jawatan sekiranya Najib dibebaskan, selain turut membayangkan DAP akan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia disifatkan sebagai ‘garis merah’ parti berkenaan.

Kor Ming turut mendakwa Umno Johor berulang kali menyuarakan hasrat supaya Najib dibebaskan lebih awal dengan slogan ‘Umno menang besar, Najib pulang ke rumah’.

Tok Mat bidas, cabar letak jawatan

Susulan kenyataan itu, Mohamad semalam secara terbuka mencabar Kor Ming meletak jawatan sebagai menteri sekiranya BN menang PRN Johor dan Najib dibebaskan.

“Letaklah jawatan dan memang pun kita nak dia letak jawatan. Apa kena-mengena perihal negeri Johor dengan Datuk Seri Najib? Itu Kerajaan Persekutuan.

“Ini kerajaan negeri. Kalau BN menang di Johor, kita buat tubuh kerajaan negeri sahaja. Kerajaan negeri tak ada kena-mengena dengan hal-hal Persekutuan,” tegas Timbalan Pengerusi BN itu. – 1 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related