◉ HEADLINES

“Billboard koyak, bendera dicampak ke longkang, tapi semangat saya takkan patah”: Arthur Chiong

Calon PH Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern kesal tindakan sabotaj kempen di Sri Paya dan Taman Putri, namun berikrar terus berkempen dengan politik matang demi mempertahankan kerusi

2:08 PM MYT

 

KULAI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan sabotaj ke atas bahan kempennya.

Beliau mendedahkan bendera parti dicampakkan ke dalam longkang, manakala beberapa papan tanda (billboard) kempen turut dikoyakkan dalam kejadian di Kampung Sri Paya, semalam.

Susulan itu, Arthur berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Air Bemban bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kejadian sama juga berlaku di Taman Putri, billboard dan bendera kena sabotaj. Bagaimanapun, setakat ini kita tidak tahu siapa pelaku,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama N.51 Bukit Batu, hari ini.

Meskipun berdepan provokasi sedemikian, Arthur menegaskan perkara itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berkempen bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Beliau menyeru semua pihak agar mengamalkan politik matang dan berkempen secara harmoni tanpa melibatkan unsur permusuhan atau khianat.

DUN Bukit Batu menyaksikan persaingan lima penjuru melibatkan Arthur (PH‑PKR), R. Kumaran (BN‑MIC), M. Premanand (MUDA), G. Tamili (Bersama) serta calon Bebas, Kamaruzaman Ali.

PRN Johor ke‑16 menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN, dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai dan pengundian awal pada 7 Julai. – 5 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related