HEADLINES

Asean 5G Skills Framework MCMC dinobatkan sebagai pemenang projek di WSIS Prizes 2026

Kejayaan ini turut menyusuli pengiktirafan yang diterima pada Jun lalu apabila tiga inisiatif MCMC, iaitu Asean 5G Skills Framework and Capacity Development Platform, MCMC Five-Year Plan 2030 (FYP2030) dan portal Sebenarnya.my, dinamakan sebagai Champion Projects dalam WSIS Prizes 2026

5:43 PM MYT

 

CYBERJAYA – Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila Asean 5G Skills Framework and Capacity Development Platform yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dinobatkan sebagai Pemenang (Winner Project) bagi Garis Tindakan WSIS C1: Peranan Kerajaan dan Semua Pihak Berkepentingan dalam Memajukan ICT untuk Pembangunan sempena World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2026.

MCMC dalam kenyataannya berkata, pencapaian ini menandakan tahun kedua berturut-turut inisiatif MCMC menerima pengiktirafan di peringkat global menerusi WSIS Prizes, selepas kejayaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dinobatkan sebagai Pemenang (Winner Project) pada tahun lepas.

Kejayaan ini, katanya, turut menyusuli pengiktirafan yang diterima pada Jun lalu apabila tiga inisiatif MCMC, iaitu Asean 5G Skills Framework and Capacity Development Platform, MCMC Five-Year Plan 2030 (FYP2030) dan portal Sebenarnya.my, dinamakan sebagai Champion Projects dalam WSIS Prizes 2026.

“Anugerah tersebut disampaikan hari ini pada Majlis Anugerah WSIS Prizes 2026 yang berlangsung sempena WSIS Forum 2026 di Geneva, Switzerland yang menghimpunkan peserta peringkat tinggi, termasuk wakil kementerian dan pegawai kanan dari pelbagai negara.

“Edisi WSIS Prizes tahun ini turut mencipta sejarah dengan merekodkan 1,595 penyertaan daripada 122 negara serta menerima lebih 2.2 juta undian di peringkat global.

“Winner Projects merupakan pengiktirafan tertinggi bagi setiap kategori Garis Tindakan WSIS, yang dipilih daripada Champion Projects yang dikenal pasti melalui proses penilaian dan undian awam global,’’ katanya.

Dibangunkan oleh MCMC menerusi kerjasama negara-negara anggota Asean, katanya, pemain industri dan pakar serantau, rangka kerja ini menjadi penanda aras serantau dalam pembangunan kemahiran 5G yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Rangka kerja tersebut, yang diperakukan pada Mesyuarat Menteri- Menteri Digital Asean (ADGMIN) di Hanoi, Vietnam pada Januari lalu, mengenal pasti 50 peranan pekerjaan kritikal, 211 kompetensi yang merangkumi Power Skills dan Prime Skills, serta 12 jurang kemahiran keutamaan dalam bidang seperti infrastruktur rangkaian, pengkomputeran awan, keselamatan siber, kecerdasan buatan, kejuruteraan data dan perkhidmatan digital.

“Pengiktirafan ini mencerminkan kejayaan usaha kolektif negara-negara anggota Asean yang diselaraskan di bawah kepimpinan Kementerian Komunikasi melalui MCMC dalam membangunkan rangka kerja kemahiran 5G serantau.

“Kementerian Komunikasi dan MCMC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua negara anggota Asean atas kerjasama, komitmen dan sokongan berterusan yang telah menyumbang kepada kejayaan inisiatif ini,’’ katanya.

Menurut MCMC, menerusi program perintis pembangunan kapasiti, seramai 252 peserta daripada kesemua 11 negara anggota Asean berjaya dilatih, sekali gus memperkukuh kerjasama serantau serta melahirkan tenaga kerja yang bersedia mendepani perkembangan teknologi digital dan teknologi baharu muncul.

Kejayaan ini, katanya, membuktikan melalui kerjasama serantau yang erat dan komitmen bersama, Asean berupaya melahirkan inisiatif berimpak tinggi di peringkat global malah pencapaian ini turut memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju transformasi digital yang inklusif, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan negara dalam mendepani cabaran masa hadapan.

“Pada masa yang sama, ia mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Komunikasi dan MCMC dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa menerusi platform seperti Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Asean,’’ katanya. – 9 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related