◉ HEADLINES

Pelajar kejar rakan dengan pisau selepas dibaling ais: Polis

Ketua Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan insiden berlaku ketika program sekolah di dewan terbuka, suspek bertindak selepas dipercayai dibaling ais berkali-kali

10:02 AM MYT

 

ALOR GAJAH – Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar, mengesahkan seorang pelajar tingkatan satu bertindak mengejar dua rakannya sambil memegang pisau pemotong kertas selepas dipercayai dibaling dengan ais berkali-kali ketika program sekolah, semalam.

“Siasatan awal mendapati dua pelajar, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, dipercayai membaling ais beberapa kali terhadap suspek yang merupakan pelajar tingkatan satu.

Suspek kemudiannya bertindak mengeluarkan pisau pemotong kertas di dalam bekas pensilnya, sebelum mengejar seorang daripada mangsa kira-kira 50 meter hingga ke kawasan surau sekolah dan kejadian tersebut turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi media di sini hari ini.

Ahmad berkata dua lagi pelajar lelaki yang berada bersama mangsa turut melarikan diri kerana bimbang menjadi sasaran suspek.

Beliau menambah, seorang guru berjaya memujuk suspek melepaskan pisau pemotong kertas dipegangnya sebelum keadaan kembali terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Keluarga suspek turut dipanggil ke sekolah sebelum membawa pelajar terbabit pulang dan siasatan mendapati kesemua pelajar terlibat mempunyai rekod salah laku disiplin sejak awal tahun ini.

Suspek juga dikatakan menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Melaka, dengan sesi rawatan terakhir direkodkan pada 3 Jun dan pihak sekolah juga sedia maklum mengenai keadaannya,” katanya.

Ahmad berkata laporan polis dibuat guru sekolah berkenaan pada malam tadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas kes berprofil tinggi di Banting, Kuala Langat, apabila seorang remaja perempuan didakwa menikam rakan sekolahnya sehingga cedera.

Kes tersebut menggemparkan negara dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Polis menolak kaitan dengan unsur buli, sebaliknya berpunca daripada perselisihan peribadi. – 10 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related