HEADLINES

Kementerian Komunikasi lancar Pelan Strategik 2026-2030

Fahmi berkata pelan strategik itu menggariskan pelbagai objektif dan program yang akan menjadi keutamaan kementerian serta semua agensi di bawahnya

2:42 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Pelan Strategik Kementerian Komunikasi (PSKK) 2026-2030, yang akan menjadi panduan kepada pelaksanaan dasar, strategi dan program kementerian selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta agenda Malaysia MADANI.

Fahmi berkata pelan strategik itu menggariskan pelbagai objektif dan program yang akan menjadi keutamaan kementerian serta semua agensi di bawahnya.

“Ringkasnya, ada tiga perkara penting iaitu Internet lebih baik; kandungan lebih kreatif dan informasi lebih tepat. Program-program di bawah kementerian akan mula dan sedang dilaksanakan berlandaskan pelan strategik ini.

“Saya percaya isu-isu yang banyak diterima oleh pihak Kementerian Komunikasi dan juga agensi-agensi serta jabatan akan diberikan fokus melalui pelan strategik ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Dokumen PSKK 2026–2030 menggariskan visi ‘Malaysia yang Terhubung, Berinformasi dan Kreatif’ yang direalisasikan melalui tiga misi, empat teras strategik dan 94 program strategik.

Tiga misi berkenaan ialah memperkasa ketersambungan, perkhidmatan dan kawal selia komunikasi negara; membudayakan penyebaran maklumat sahih dan terangkum; serta melonjak pembangunan ekosistem industri kreatif tempatan yang mampan dan berdaya saing.

Bagi mencapai misi tersebut, empat teras strategik dikenal pasti iaitu pemerkasaan ekosistem komunikasi negara ke arah ketersambungan yang terangkum, berkualiti dan selamat; pemerkasaan industri filem dan muzik berdaya saing; transformasi penyampaian maklumat bersepadu; dan reformasi penyampaian perkhidmatan yang responsif kepada dasar kerajaan dan berorientasikan pelanggan. – 20 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related