HEADLINES

Tamim Dahri ditahan semula selepas tempoh reman berakhir

Tamim Dahri ditangkap semula berhubung satu kes yang disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Langkawi esok

8:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan semula aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak selepas tempoh reman selama dua hari berakhir hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Khairul Azhar Nuruddin, Tamim ditahan semula oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi berhubung satu kes, yang disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Sejurus tamat tempoh reman, suspek ditangkap semula berhubung laporan polis Kuah yang disiasat mengikut seksyen tersebut, dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi esok untuk pertuduhan.

“Suspek sebelum ini ditahan pada 18 Julai di IPD Port Dickson bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebelum direman selama dua hari bermula 19 hingga 20 Julai,” katanya, lapor Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Tamim Dahri yang didakwa melarikan diri ke luar negara berhubung kes ugutan menerusi Facebook akhirnya menyerah diri di IPD Port Dickson Sabtu lepas.

Siasatan terhadap aktivis itu bermula selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berketurunan India pada 10 Mac lepas yang mendakwa telah diugut oleh suspek menerusi Facebook.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata siasatan lanjut mendapati, suspek berada di Thailand selama lebih empat bulan sebelum kembali ke negara ini melalui laluan tidak sah di sempadan Kelantan.

Beliau berkata sebaik tiba di Malaysia, suspek telah tampil menyerah diri di IPD Port Dickson bagi membantu siasatan. – 20 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related