HEADLINES

Penjimatan penyasaran subsidi RON95 tidak disimpan sebagai lebihan fiskal semata-mata : MOF

Hasil pelaksanaan penyasaran subsidi juga membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat terbanyak dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif

9:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan penjimatan yang terhasil daripada penyasaran subsidi petrol RON95 tidak disimpan semata-mata sebagai lebihan fiskal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Kementerian itu menjelaskan sebaliknya, ruang fiskal yang diwujudkan dimanfaatkan semula untuk rakyat.

“Hasil daripada pelaksanaan penyasaran subsidi juga membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat terbanyak dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif,” menurut MOF dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan laman sesawang Parlimen hari ini.

MOF menjawab pertanyaan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenai jumlah penjimatan fiskal sejak pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 pada April 2026, sama ada disalurkan kepada Geran Peralihan PKS.

MOF memaklumkan kerajaan turut mengumumkan beberapa langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan barangan asas dalam membantu pengeluar makanan demi kelangsungan bekalan makanan untuk rakyat antaranya melalui Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) dan Insentif Penuaian Padi.

Koh juga bertanya mengenai pelan pemulihan kerajaan berikutan terdapat 40 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara teknikal masih gagal bersedia untuk penguatkuasaan penuh e-Invois menjelang Julai 2026.

MOF menjelaskan kerajaan memberikan kelonggaran pelaksanaan e-Invois Fasa 4 sehingga akhir 2027 serta pengecualian interim duti import bagi pengimportan semula barangan buatan Malaysia sehingga Disember 2026.

“Bagi fasa keempat pelaksanaan e-Invois yang bermula 1 Jan, 2026, kerajaan telah memberikan empoh peralihan tambahan sehingga 31 Dis, 2027.

“Dalam tempoh peralihan, tiada penalti dikenakan dan pembayar cukai dibenar untuk mengeluarkan e-Invois disatukan secara bulanan. Kerajaan berpandangan bahawa tempoh peralihan tambahan yang diberikan ini adalah memadai untuk memastikan kelancaran pelaksanaan e-invois,” tambah MOF.

Menurut MOF sehingga kini, lebih 230,000 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-Invois yang melibatkan pengeluaran sebanyak 1.5 bilion e-Invois secara keseluruhan.

“Ini menunjukkan tahap penerimaan yang amat baik dalam kalangan pembayar cukai dengan mematuhi pelaksanaan dan menyokong inisiatif e-Invois,” tambah MOF. – 21 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Human Rights Day: beyond the rulebook – Sarina Sundara Rajah

Former Commonwealth champion Sarina Sundara Rajah writes that safeguarding in sport is not defined by policies alone, but by whether adults choose to speak up when a child is left alone, rushed, or exposed in ways that compromise their rights

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Related