HEADLINES

JPN nafi lancar Operasi Khas paksa tukar alamat MyKad

Isu denda RM20,000 hanyalah spekulasi luar konteks. JPN tampil memperbetulkan fakta serta menggesa pemilik MyKad mengemas kini maklumat secara sukarela tanpa panik

10:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan tular di media sosial berkenaan tindakan tegas atau kempen khas bagi memaksa rakyat Malaysia mengemas kini alamat kediaman pada MyKad.

Isu ini timbul susulan penularan spekulasi bahawa individu yang gagal menukar alamat boleh didenda hingga RM20,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Menepis dakwaan tersebut, JPN menegaskan tiada sebarang operasi khas dijalankan untuk mengambil tindakan ke atas pemilik MyKad.

Walau bagaimanapun, mengikut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, mana-mana individu yang berpindah dan menetap di lokasi baharu selama 90 hari atau lebih sememangnya diwajibkan membuat penukaran alamat.

Bukan cari untung

JPN menggesa orang ramai agar mematuhi garis panduan rasmi dan tidak mudah terperangkap dengan spekulasi yang disebarkan di platform digital.

“Tanggungjawab memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini adalah terletak pada setiap pemilik MyKad.”

“Sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyKad digalakkan hadir ke JPN untuk mengemas kini maklumat tersebut,” jelas JPN menerusi kenyataan media sosialnya.

Kadar fi bagi penggantian MyKad ditetapkan sebanyak RM10.

JPN turut menyelar dakwaan tidak bertanggungjawab yang menuduh kerajaan cuba mengaut keuntungan menerusi pelaksanaan peraturan yang sebenarnya telah lama berkuat kuasa itu.

“Dakwaan sedemikian tidak menggambarkan keadaan sebenar serta boleh mengundang kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.”

“Sentiasa dapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak membuat tafsiran sendiri berdasarkan perkongsian yang tidak lengkap atau di luar konteks,” tegas JPN. – 23 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related