HEADLINES

Malaysia hampir capai status negara berpendapatan tinggi: Ramanan

Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita cecah US$12,380, hanya selangkah lagi ke ambang Bank Dunia

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Malaysia kini hampir mencapai status negara berpendapatan tinggi, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, merujuk kepada ambang Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita Bank Dunia.

Beliau berkata di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, PNK per kapita Malaysia mengikut Kaedah Atlas Bank Dunia telah mencecah US$12,380, tertinggi sejak merdeka.

“Bagi tahun kewangan 2027, ambang PNK per kapita mengikut Kaedah Atlas Bank Dunia bagi status negara berpendapatan tinggi ialah US$14,376.

“Malaysia kini hanya selangkah lagi untuk mencapai status tersebut. Sudah tidak jauh daripada matlamat kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di UiTM Permatang Pauh hari ini, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ramanan turut menyatakan saiz ekonomi negara kini bernilai US$472 bilion, juga rekod tertinggi sejak 1957, hasil usaha kerajaan memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan daya saing tenaga kerja.

Beliau menegaskan pengurusan dana telus amat penting kerana peluang meningkatkan kemahiran rakyat hanya dapat diwujudkan melalui institusi kukuh dan dipercayai. Program latihan oleh HRD Corp katanya, memainkan peranan penting dalam agenda pembangunan modal insan, dengan Pulau Pinang merekodkan lebih 8,000 majikan berdaftar melibatkan 445,792 pekerja.

Bagi separuh pertama 2026, kutipan levi latihan di negeri itu berjumlah RM129.72 juta, dengan RM113.74 juta telah disalurkan semula untuk peningkatan kemahiran tenaga kerja melalui 125,398 latihan.

“Saya sentiasa menegaskan bahawa setiap sen levi yang diamanahkan oleh majikan mesti diuruskan dengan penuh integriti.

“Dalam tempoh enam bulan pertama sahaja, hasil memperkukuhkan tadbir urus telah berjaya pulihkan sebanyak RM437.3 juta melalui langkah optimisasi dan pemulihan portfolio,” katanya.

Mengenai NTW 2026, beliau berkata ia membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat termasuk belia, pekerja, suri rumah dan pesara untuk meningkatkan kemahiran serta membina masa depan lebih baik. – 25 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Ayatollah Ali Khamenei terbunuh bersama anak, menantu dan cucu: Media Iran

Laporan Fars News Agency menyebut berita duka itu telah disahkan oleh sumber rapat keluarga Khamenei, mengukuhkan kebimbangan meningkatnya konflik serantau

DNS redirection: MCMC to continue engagement sessions with stakeholders

Regulatory body will gather views on other methods to tackle online harms after communications minister ordered not to proceed with rerouting method 

Related