HEADLINES

Raja Muda Selangor umum kelahiran puteri sulung Tengku Alia Amira

Menerusi hantaran di Instagram rasmi Raja Muda Selangor, puteri sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada 2.56 petang, 21 Julai lalu

11:47 AM MYT

 

SHAH ALAM – Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz hari ini mengumumkan kelahiran puteri sulung baginda berdua Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah.

Menerusi hantaran di Instagram rasmi Raja Muda Selangor, puteri sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada 2.56 petang, 21 Julai lepas.

“Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, beta mengumumkan kelahiran puteri kami.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga,” titah baginda dalam hantaran tersebut.

Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 2 Okt 2025.

Pasangan pengantin diraja dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, dengan disaksikan Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Ahmad Shah Alhaj dan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Setia Putra Alhaj pada istiadat pernikahan yang diadakan secara tertutup. 

Istiadat pernikahan yang dilaksanakan dengan penuh tertib mengikut adat turut disaksikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. – 26 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related