HEADLINES

Tingkatan 6 kekal bawah Kementerian Pendidikan: Anwar

Anwar berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa aspek melibatkan pengurusan pelajar Tingkatan Enam selain skim berkaitan perkhidmatan guru

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem pengurusan prauniversiti Tingkatan Enam dikekalkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem sedia ada, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa aspek melibatkan pengurusan pelajar Tingkatan Enam selain skim berkaitan perkhidmatan guru.

“Buat masa sekarang, saya putuskan supaya prauniversiti Tingkatan Enam masih di bawah KPM,” katanya, lapor Bernama.

Pada Januari lalu, Anwar memaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih keseluruhan sistem pra-universiti atau tingkatan enam dan matrikulasi bermula tahun depan.

Menurutnya, pelajar yang mengikuti sistem pendidikan berkenaan akan mula memasuki kategori pendidikan tinggi.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata walaupun Tingkatan Enam kekal di bawah KPM, pelajarnya perlu mempunyai identiti tersendiri sebagai pelajar pasca sekolah dan prauniversiti.

“Kalau pun dalam satu sekolah, Tingkatan Enam itu harus ada blok berasingan dan kemudian minta pengetua urus ini sebagai satu projek yang berasingan.

“Jangan dimasukkan kalau umpamanya (pelajar Tingkatan Enam) dalam perhimpunan, biar perhimpunan itu untuk Tingkatan Lima ke bawah,” katanya.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang mencerminkan kedudukan sebenar pelajar Tingkatan Enam sebagai laluan ke pendidikan tinggi.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula cadangan meletakkan Tingkatan Enam di bawah KPT pada masa hadapan apabila sistem dan pelaksanaannya lebih bersedia.

“Kita boleh kaji semula setelah pelaksanaan ini untuk beberapa tahun akan datang kalau dirasakan perlu, dalam keadaan pelajar boleh pergi ke kolej-kolej khas Tingkatan Enam di tempat lain,” katanya. – 28 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related