HEADLINES

RCI TH: Penglibatan ahli politik dalam pengurusan TH tidak wajar, cetus pelbagai persepsi

Suruhanjaya mendapati dalam tempoh siasatan, beberapa orang anggota Lembaga adalah dalam kalangan ahli politik Umno termasuk Pengerusi TH pada 2013 hingga 2018, Abdul Azeez Rahim

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati penglibatan ahli politik dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut laporan RCI, pertembungan ideologi politik menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan keputusan-keputusan TH sebagai bahan kritikan sehingga menjejaskan kredibilitinya.

Sepanjang siasatan, RCI berkata, beberapa anggota Lembaga adalah dalam kalangan ahli politik iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada tahun 2011 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi pada 2013 hingga 2018 merupakan Ahli Parlimen Baling dan Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Sementara Tan Sri Badruddin Amiruldin, dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 2005 hingga 2018 dan merupakan merupakan Ahli Parlimen Yan/Jerai dari 2004 hingga 2008 serta Pengerusi Tetap Perhimpunan Agong Umno.

Manakala Datuk Rosni Sohar yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 2014 hingga 2018 merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Bernam dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi serta Setiausaha Wanita Umno sejak 2013 hingga kini.

“Suruhanjaya berpandangan, Pengerusi dan anggota Lembaga tidak wajar dilantik dari kalangan ahli politik yang masih aktif dan jika didapati terlibat secara aktif dalam politik, beliau hendaklah meletakkan jawatan atau digugurkan jawatannya sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga.

“Suruhanjaya mencadangkan satu peruntukan khusus yang melarang ahli politik yang aktif daripada dilantik dan memegang jawatan sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga dan anak-anak syarikat LTH hendaklah dikanunkan dalam Akta 535,’’ katanya.

RCI itu diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web Jakim malam tadi dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.

RCI juga berpandangan kerajaan boleh mempertimbangkan mana-mana peruntukan di atas yang difikirkan sesuai bagi menambahbaik peruntukan seksyen 6(2) Akta 535 yang sedia ada untuk membolehkan seseorang dilantik menjadi anggota Lembaga.

Jelasnya, pemilihan individu-individu yang benar-benar mempunyai kelayakan, berintegriti, kompeten serta mempunyai kepakaran yang tepat (fit and proper) akan membantu meningkatkan kewibawaan anggota Lembaga selain diyakini akan membawa perubahan yang benar-benar diinginkan oleh masyarakat terhadap pengurusan LTH.

Ia juga membantu meminimumkan kebarangkalian LTH berhadapan dengan isu ketidakcekapan dalam urusan tadbir urus korporat, pelaburan dan pengurusan haji malah bidang kepakaran ini amat penting bagi mengimbangi keputusan-keputusan Lembaga terutama dari segi pelaburan.

“Suruhanjaya mencadangkan agar bidang-bidang kepakaran yang diperlukan bagi anggota anggota Lembaga yang dilantik, dinyatakan secara khusus dalam Akta 535. Anggota Lembaga yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang perbankan, perniagaan, ekonomi, syariah, perundangan dan perakaunan,’’ katanya. – 30 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related