HEADLINES

‘Bailout’ RM10b elak krisis kewangan, TH kini kembali kukuh

Tindakan pantas kerajaan menyelamatkan Tabung Haji pada 2018 berjaya menyerap kerugian RM12.6 bilion sekali gus mengelakkan krisis 'deposit run' dan memastikan pulangan pendeposit kembali stabil

10:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dilancarkan pada 2018 berjaya memulihkan akaun kewangan institusi itu daripada kerugian pelaburan keseluruhan berjumlah RM12.6 bilion.

TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelan penstrukturan tersebut berjaya menangani defisit kewangan RM10 bilion menerusi suntikan kerajaan pada 2018, manakala baki kerugian RM2.6 bilion diserap secara berperingkat sehingga akhir 2025.

Langkah penyelamatan (bailout) kewangan segera oleh kerajaan pada waktu itu terpaksa diambil bagi melindungi TH daripada risiko insolvensi berikutan jurang aset dan liabiliti yang melebihi RM10 bilion pada akhir 2018.

“Jika tiada tindakan ‘bailout’ oleh kerajaan pada masa itu, ia juga boleh menyebabkan krisis pasaran kewangan dan menggugat kestabilan negara apabila TH terpaksa menjual aset pada harga terdesak di pasaran bagi memenuhi permohonan pengeluaran tunai yang besar dan tidak terkawal oleh pendeposit (deposit run) ketika TH gagal mengisytiharkan agihan keuntungan kepada pendepositnya,” jelas TH.

Bagi menutup jurang defisit kewangan tersebut, Syarikat Tujuan Khusus (SPV) milik penuh kerajaan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), telah mengambil alih aset kurang berdaya saing bernilai RM9.7 bilion pada nilai transaksi RM19.9 bilion.

Transaksi berkenaan dibiayai menerusi penerbitan dua siri sukuk dengan sokongan kerajaan yang memberikan kadar keuntungan tahunan 4.05 peratus dan 4.10 peratus.

Namun begitu, selepas kedudukan kewangannya kembali stabil, TH kini mula membeli semula aset-aset strategik yang menawarkan nilai tambah pada harga pasaran semasa.

Antaranya termasuklah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli semula pada harga RM270 juta berbanding harga penjualan asal RM400 juta kepada UJSB, serta ladang kelapa sawit UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd pada harga RM695 juta berbanding harga penjualan asal RM800 juta.

“Transaksi ini menunjukkan TH hanya akan mengambil alih semula aset yang memberi nilai tambah kepada portfolio pelaburan demi menjaga kepentingan para pendepositnya,” ujar TH.

Hasil pelan pemulihan ini, TH merekodkan kadar agihan keuntungan yang semakin kukuh dan stabil dengan pulangan meningkat kepada 3.25% bagi tahun 2024 dan 3.50% bagi tahun 2025, jauh berbanding 1.25% yang dicatatkan pada 2018.

Peningkatan ini dicapai walaupun TH perlu menanggung rosot nilai aset bermasalah sebanyak RM2.6 bilion yang tidak dapat dipindahkan ke UJSB sebelum ini.

Dengan kedudukan kewangan dan rizab yang semakin mengukuh, institusi itu menegaskan komitmen berterusan mereka dalam menguruskan simpanan serta urusan haji umat Islam di negara ini.

“TH kekal komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan kepercayaan awam serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab,” katanya. – 31 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related